Kawan-Kawan Lain

Thursday, October 9, 2014

Hijrah



Kawan kawan, aku dah lama sgt tak apdet kan? memang bersesuaianlah dgn tajuk blog ni. eloklah rasanya kalau aku berhenti terus dari menulis blog ni. anak Majid, takpayah la menangis sebab aku bukan berhenti. hehehehehehe. aku cuma berpindah ke lawan blog baru iaitu 



jaimnajam.blogspot.com



kalau masih ada peminat dan follower yg subsribe dan still ikut pinggul aku dalam legasi berblog yg penuh common sense ini, marilah melawat ke blog baru aku hikhik



teehee



Monday, May 5, 2014

Baucar Buku dan Education Block




kenal gambar kat atas tu? tu namanya baucar buku. baucar yg dibagi oleh kerajaan kepada student student utk mengurangkan beban buku mahal student. sebab tak berbaloi utk bagi free education pada manusia kat malaysia ni. dari bagi baucar buku, baik bagi baucar makanan. makanan sekarang mahal. sekurang kurangnya dapat la ringankan sikit beban pelajar nak beli bahan utk hidup. 


buku memang penting nak studi. sebab tu la harganya mahal. kerajaan kita aware benda ni, education free tak boleh dilaksanakan. GST takpe sebab orang kaya nak kekal kaya dan pastikan simiskin kekal miskin. tak nampak lagi kan apa aku cuba sampai kan?


baucar buku disyaratkan utk beli bahan bacaan berilmiah sahaja supaya student jadi pandai dan berilmu. boleh membantu peningkatan kemajuan negara. taj boleh beli benda lain sebab nama pun baucar buku. tapi, TAPI, bila student semua dah berilmu, dah pandai, dan mereka mahu mengubah nasib negara, mahu menjadikan negara maju, kerajaan menghalang mereka. sebab sebarang perubahan akan beri kesan kepada si pemakan rasuah, si penipu, si pelopor politik kotor, si pembawa orang orang asing dan lain lain.


gunakan saluran yg betul katanya. tapi saluran yg mana yg orang orang diatas nampak? saluran saluran yg mana yg orang bawahan yg berilmu nak celah masuk kalau orang di atas tutup segala jalan. maka terhasil la demonstrasi aman. demo GST tu contohnya. tapi orang diatas tak nampak. pada mereka ini bahaya ni. boleh huru hara. tapi saluran mana lagi yg available?


dah ramai yg bijak pandai, dah ramai yg nampak lubang lubang negara yg penuh dengan korupsi, sebab ramai yg kepala otak dia penuh ilmu. diorang mahu ubah. keadilan utk semua manusia di Malaysia. ini lah kan tujuan baucar buku? kan? betul tak? nak kasi student menjadi pandai dan berilmu dan boleh mengubah dan meningkatkan pendapatan negara. jadi kenapa dihalang kalau dah lahir ramai orang berilmu yg nak membantu negara?


camtu baik kasi baucar makanan je.


teehee



Friday, May 2, 2014

Dunia Nak Terbalik





pagi tadi aku terbangun dari tido. benda pertama yg aku buat pukul 4 pagi itu iyelah pegi jamban. biasa lah. tangki penuh.takkan nak tahan pulak kan. lagipun aku lupa curik pampers orang tua dari rumah orang orang tua kelmarin. lagipun kita kene hormat orang tua. tapi budak zaman sekarang mana reti. lagi lagi yg spoil ni. 


kau tak caya? kau try la jentik telinga budak budak manja mcm tu. nanti esok komfem masuk surat khabar title "telinga dijentik, murid terganggu emosinya". depan mak bapak, perangai nak macam malaikat. pijak semut pun macam semut tu redha dengan takdir dia. tapi belakang mak bapak, perangai macam kencing kuda


"eleh kau ni, minda 80 an la. kuno tau tak? kuno. sekarang zaman moden laaaa"


teehee





Thursday, May 1, 2014

Hari Pekerja Yang Marah





pernah tak korang rasa marah? pernah tak rasa marah sampai kau nak cabut bijik mata, picit sampai hancur, goreng dalam kuali macam nak buat telur goreng? hari ni dah khamis dah. khamis khamis. paham tak? tapi naruto isu 475 tak keluar lagi. sakitnya hati aku. patut hari rabu dah keluar. pelukis komik ni buat ape sial? monteng keje ke. nak monteng 1 Mei lah woi. bukan 31 April. benak aku rasa kat hati ni.


selamat Hari Pekerja


teehee


Wednesday, April 30, 2014

Hormat Hormat




ini bobo. idola ramai. bobo ni sangat femes. tapi aku taknak cerita pasal bobo pun. saja je taruk gambar dia. pernah tak korang tengok mana mana drama tv yang mana si suami bermati matian carik duit utk isterinya yg mengandung. dan dalam pada masa yg sama isteri tu pulak sakit buah pinggang. si suami tu pulun habis macam cilake lah nak cari duit sambil si isteri terbongkang atas katil kat hospital sbb tengah sakit.


lepas tu si isteri pertikaikan kehidupan suaminya yg tak mengutamakan dia sbb suami tu lagi mengutamakan duit. sikit sikit duit, sikit sikit duit. aku tengok pun kesian kat suami dia. rasa nak cucuk je jarum kat tv tu kat bahagian perut mengandung tu.


si suami tu penatlah carik duit utk operation isterinya sbb nak selamatkan isterinya. aku tak nampak kat mana selfishnya kat situ. tapi si isteri tulah. dok habis habis mengselfishkan suaminya yang tak tido siang malam kumpul duit.


kadang kadang aku terbaca kat twitter, "jangan lah lelaki sakitkan hati perempuan sebab perempuan cuma ada satu hati" 


macam la lelaki ada 4592850214951148596 hati dalam badan dia. tapi betul la. lelaki sepatutnya kene melindungi perempuan. tu baru lelaki sejati. kalau lelaki yg pandai madu diambil sepah dibuang ni bukan la jenis lelaki sejati. elok dibakar je bulu kaki dia satu persatu. tapi perempuan zaman skrg suka lelaki yg macam itu. bergaya katanya. suka hati lah


aku takda nak menangkan lelaki atau perempuan. cuma belajar hormat sesama sendiri dah la. kalau korang gaduh dan kata orang tu selfish, baik korang tengok diri korang tu dulu. takut diri sendiri tu takde toleransi tapi duk sibuk nak tentukan hidup orang


teehee


Monday, April 28, 2014

Minda 80 an




"bodoh la kau ni. up to date la sikit. jgn la minda 80 an sangat. kita dah 2014 kot"
minda 80 an ye. hmm. hehehehe. aku malas nak buat perbandingan zaman kita ngan zaman dulu ni mcm mana. boleh tengok sendirikan macam mana.


 

ni aku dapat dari blog serius. google lah sendiri blog serius tu apa. aku malas nak bagi link. tengok header blog la aku ni macam mana. dari segi pendidikan. ni beza zaman 80 an ngan sekarang. boleh tengok sendiri. kalau dulu pelajar kene ikut cakap cikgu. buat kene sekolah. tak siap kene denda. nak bagi DISIPLIN dan belajar HORMAT ORANG TUA. kita boleh tengok lah atuk nenek mak auah kita yg pernah lalu zaman ni macam mana sifat dan etika diorang mcm mana.


budak sekarang spoil. aku malas cakap lebih. aku ni pun cuma bagi pendapat dan tak bash sesiapa sebab aku bukan keyboard warrior. cuma penglipur lara yg sampaikan cerita berdasarkan sekeliling. korang google lah budak melayu ke india ke cina ke yg zaman sekarang kat google. bezakan ngan zaman 80 an dulu. tengok perbezaan sosialnya macam mana.


korang boleh tengok berapa banyak budak yg spoil sekarang ni? tak siap keje sekolah, kene denda sikit, lapor polis. rambut kene tobek sikit, gangguan emosi. jentik telinga sikit, agenda iluminati dalam sistem pendidikan. rotan sikit, pembangkitan yahudk di semenanjung Malaysia. ape sial? aku tak taip sia atau siak sebab ape sial sia ngan siak? sia ape? sia-sia? siak ape? siak masjid? ape siak masjid? apehal ngan siak masjid?


banyak perbezaan sosial antara zaman dulu ngan sekarang. tapi perbezaan sosial tu akan keluarkan produk yg tersendiri. fikir la sendiri. ni simple je. jgn lembu sgt nak kata pemikiran 80 an tu kolot sangat.


ni cuma pendapat berdasarkan pemerhatian. tak puas hati jom main congkak


 teehee


Sunday, April 27, 2014

Kebenaran





banyak cerita sains fiksyen tentang nak bunuh semua manusia. alien, beruk-beruk pandai, mother nature, rasaksa sini sana, orang rusia, kuman dan kulapuk, robot robot dan macam macam lain lagi lah yg kita semua pernah tengok. alasan diorang satu aje. manusia ni parasit dan perosak.


parasit akan melekat kat hos atau perumah dan rosakkan hos secara perlahan lahan. terasa sesuatu? manusia melekat kat bumi dan meletupkan sana sini, bina bangunan, buat pencemaran, nuklear, radiasi dan macam macam lagi. sebab tu la alien alien dan seangkatannya nak hapuskan manusia.


lepas tu muncul lah hero yg bagitau manusia boleh berubah dan sebagainya. skrg dah 2014 dan aku tengok tak berubah pun. aku pun buang sampah dalam longkang sampai tersumbat. tu belum lagi si Mail Tempang kampung seberang. malam malam bawak motor laju laju. pastu nak masuk simpang tak bagi signal. terkulat kulat la orang yg nak keluar simpang tu sbb nunggu si Mail tu


aku takda idea. jadi aku merepek aje,


teehee.


Friday, April 25, 2014

Typical Malay





Sabariah seorang perempuan melayu yg saaaaaaaaaaaangat cantik. pada suatu hari Sabariah nak gi Mydin kat Puduraya. Nak carik mekap katanya. nak tambahkan kecantikan katanya. solek dia dah macam katak Jiraiya dah. dia pegi hari jumaat. otw tu memang jumpa lah orang orang yg nak gi mejid. selain tu nampak jugak malaun malaun yg tak pegi mejid bawak kereta manual dia pusing pusing stesen LRT sambil gelakkan lelaki yg bawak kereta auto


"woi, bwk kereta auto ke?? lelaki sejati bawak kereta manual la kahkahkah"


kata lelaki lelaki tu sambil pecut laju. typical malay. bawak kereta manual tu lelaki sejati. tapi tak semayang jumaat. kalau bapok pegi semayang jumaat pun lagi sejati dari lelaki yg mengaku lelaki sejati tapi tak semayang jumaat. diorang ni sama la macam lembu. yelah lembu kan tak semayang jumaat. semayang jumaat tu sah sah la wajib utk lelaki.


eh ni aku nak cerita pasal Sabariah. bukan lembu. hehe. silap. disebabkan hari tu hari jumaat, nampak la bangla bangla nak gi mejid. Sabariah pun ape lagi, dengan rasisnya setatlah ngumpatnya.


"eee hitamnyaaaa"
"eee busuknyaaaaaa"
"eeee hodohnya.."
"eeee banglanyaaaa..."


pastu sampai la dia kat mydin. nampak banner gambar artis korea yg menari nari tu. ape lagi naik la miang dia. 38 selfie dia boleh ambik dengan 1 gambar artis pujaan hatinya.


bangla yg nak semayang jumaat dihina hina. tapi artis kpop yg ntah bersunat ke idak tu la yg dilutut sembahnya. biasa la. typical malay. "cinta sejati datang dari hati, bukan paras rupa"


tengok aje la macam mana orang sekarang ni


teehee





Wednesday, April 23, 2014

Stress Dan Orang




Orang ni kalau tengah stress, tengah bengang memang macam kuda jantan sembelit lah. keje asyik nak menendang orang aje. jadi kalau orang tengah stress ni eloknya jangan dikacau. jangan lah nak tunjuk baik konon nak meredakan keadaan. nanti free aje kau kene terajang.


orang stress ni byk sebab. sebab duit, perempuan, esaimen dan lain lain. kalau nampak orang tu muka macam gajah sembelit, ha jangan lah korang jadi bangang tunjuk perangai bangang korang. kalau kene terajang, sia sia aje korang bangun tido hari tu.


orang terer biasa dia tenangkan orang stress ni melalui nada percakapan. dia akan tanya:

"ada apa-apa yg aku boleh aku tolong?"
ni maknanya orang tu tau circumstances orang stress tu dan offer nak tolong. ni boleh kata paling efektif nak redakan stress


"kau rilek dulu la"
ni untuk comfortkan orang tu. takda niat nak tolong dan dalam masa yang sama nak redakan stress orang tu. ni kira boleh la kot.


"kau pehal muka macam beruk senggugut je"
ni aku tak berani komen. kalau aku, orang tanya camni, aku ok je. kelakar kot

kalau orang yang perangai dia macam haram, dia memang tak peduli pasal orang lain. orang tengah stress, dia naikkan nada. orang tengah stress ni sensitif tau. kalau orang cakap ngan dia ngan nada tinggi tinggi lagi la sakit kepala otak orang tu. silap silap dia sumbat kau balek masuk perut mak kau.


contoh soalan yg tak patut ditanya:

"kau ada masalah ke?"
muka macam taik lembu kene pijak khinzir, komfem komfem la ada masalah. jangan la kau pun lembu tanya soalan macam tu. fikir guna otak sikit ye


"kau ok ke tak ni?"
seriously? tanya ni kat orang yg muka macam najis mentadak dijilat lipas? ini ok kalau kau offer rokok sebatang sambil tanya soalan ni.


hehehehe. itu aje lah. tapi biasanya depends kat orang jugak. kalau orang tu jenis cool, kau tanya soalan mcm mana mcm mana pun dia akan ok. tapi kalau dia jenis muka palat minta disambar petir, elok jangan tanya soalan bodoh lah. faham sikit circumstances orang tu. banyak aku guna circumstances kat post ni. risau eja tak betul


teehee





Friday, March 7, 2014

Perangai Syaitan





vroom vroom kepom kepom kepom tangtangtang..macam tu la bunyi motor Sarip. bunyinya memang macam bangla buat construction bina giant kat Tokyo. memekak aje. mungkin pada pandangan Sarip bunyi motor dia boleh dibanggakan. dey cha, gi dapatkan kereta lah. takat motor kapcai hang tu laju lagi traktor bapak aku.


orang sekarang suka modified motor dan kereta. katanya nak lagi umph. umph jimbit kau. bising la jimbit. makcik Sarah yg tengah sarat pun boleh terberanak tau terkejut dengar bunyi ekzos korang. tu belum lagi busung Haji Saad yg dah macam tong drum atas kontena lagi.


aku takda la kata salah. masalahnya menganggu kenteteraman orang. aku lagi student. takda duit, assignment banyak nak mampos. masa tak cukup. nak main game lagi, nak reply msg awek lagi, nak main mahjong lagi, nak makan tido lagi. daat gaji takpe gak. ni tengah tengah panas dengar bunyi memekak korang. memang takda apa lah yg keluar dari mulut ni melainkan kata kata kesat selain mohon korang mati, mohon mak korang sumbat balek korang masuk dalam perut dia semua, kasi reboot.


orang yg selalu ekzos memekak ni biasanya pendek umur. iyelah, takdana makcik makcik yg tengah potong bawang dan pakcik pakcik yg tengok tennis wanita tepuk tangan bila dengar ekzos korang. paling kurang pun ayat depa cenggini:


"mati aje la budak budak ni"
"meninggal je la budak ni"
"mampos je la budak ni"
"kalau eksiden aku tepuk tangan"


tu belum kira melatah lagi. siap mencarut bagai lagi. korang ganggu kenteteraman diorang, tak ke tu menganiaya diorang. orang yg kene aniaya tu tak ke doanua dimakbulkan. tak ke mampos korang bila doa tu dimakbulkan?


mungkin pada rider rider dan driver driver yg memekak tu fikir yg orang akan kagum ngan bunyi ekzos korang.


kepala taik. pegi mampos.


teehee



Wednesday, March 5, 2014

Penyakit Lembu Gila





walaupun lembu ni tak haram dipegang, rasanya lagi sakit kalau dipanggil lembu. sebab orang kata lembu disinonimkan sebagai bodoh. orang mana cakap aku taktau la. lembu ni comel sebenarnya. dia jadi tak comel bila dia berak depan rumah, depan pagar, dalam halaman rumah, atas kereta. tapi kalau lembu berak dalam rumah, ha memang lembulah orang yg kasi lembu masuk dalam rumah. 


lembu ni haiwan. tapi kalau marah, jarang kita guna perkataan lembu. sebagai contoh, Ah Feng bawak kereta, nak elak lembu punya pasal, beliau termasuk dalam longkang depan rumah Haji Talib Yamdin. habis jatuh pokok kelapa kesayangan Haji Talib Yamdin tu. dan dua dua akan cakap


"Babi punya lembu"


walaupun singa dikatakan raja haiwan, manusia lagi gemar sebut balikbaya. aku tak boleh taip babi. budak budak bawah umur baca blog aku. sebagai remaja yg hidup zaman 'gua dan lu' sebagai lingua franca setiap negeri di malaysia, aku membuat kajian ramai manusia gemar menyebut balikbaya tu.


kalau dibuat pilihan raya hutan-hutan simpan malaysia, babi mungkin ada peluang jadi raja haiwan menjatuhkan singa.


teehee



Monday, March 3, 2014

Baby Mata Segi Tiga





aku carik album lama aku tai tak jumpa gambar masa aku kecik lagi. tapi ni boleh la. sama aja ngn gambar ni. haritu ada orang ost kat facebook. gambar anak buah dia la kot ntah budak mana ntah dia tayang tayang.


"ini budak mata bulat...."


tu ayat caption gambar tu. lepas tu aku termenung. aku termenung bukan sebab suka suka tau. bukan macam lelaki fikir nak pakai boxer apa wat pegi kelas. bukan macam perempuan fikir nak mekap jenama apa dan bukan macam orang tua fikir nak tengok tennis wanita atau WWE malam khamis nanti.


aku terfikir. manusia mata mesti la bulat. ada yg segitiga ka?


teehee


Sunday, March 2, 2014

Kurang Ajaran Tak Sesat



orang sekarang ni hidup dalam zaman teknologi. kalau takda henset android lah, orang mesti kata engkorang tergolong dalam dua jenis ni. miskin atau katak bawah tempurung. tapi biasa la. kata-kata. sedangkan longkang pun berbau. apalagi mulut orang yg berhati busuk.





sebagai contoh macam Karimul ni. dia beli coolblog pastu uload lah kat mana mana yang dia nak. ni negara myg merdeka jadi sukahati dia lah nak buat apa. dan dia tag kawan dia sambil buat caption jemput makan. aku malas cerita lebih. biar gambar berbicara


















aku paling kesian kat orang orang susah lah. diorang duk upload makanan mahal mahal, mewah mewah, pastu orang yg tak berduit dan miskin tengok aje gambar sambil telan air liur. yang tak boleh belah caption 'jemput makan' tu. seriously bro? jemput makan?


p/s: ni cuma cerita. korang bebas buat apa yang korang suka


teehee




Saturday, March 1, 2014

Rezeki




gambar monyet tu cuma hiasan. takda kene mengena pun dengan entri ni. semua orang suka makan. aku pun suka makan. makanan tu rezeki. orang melayu selalu terapkan jangan hina rezeki, jangan maki rezeki. sebab rezeki tetap rezeki dan kita kena bersyukur.


tapi orang sekarang ni mulut langsir. aku tak kata langsi tau. aku kata langsir. makanan tu walaupun sedap ke, tak sedap ke, mahal ke, kecik ke, besar ke, dia tetap makanan. dan bila kita dapat, dia akan jadi rezeki. jadi jangan dihina-hina


peduli apa dia tak perfect? monyet pun kalau dapat pisang kelat pun dia makan. monyet pun tau hargai rezeki. orang kita? masin komplen, tawar dibuang, tak sedap dihina sialkan. kita bayar mahal tapi dapat tak macam yg kita idamkan. kenapa hina makanan? hina lah diri sendiri sebab bodoh pi bayar mahal utk makan.


harta ada, nama ada, pangkat ada, mulalah tunjuk bangsat kurang ajar dia. tak sedap sikit mula la mulut dia macam monyet makan cili api. 


sekali rezeki ditarik, kau muflis, nama busuk, susu anjing pun kau sanggup minum sebab nak terus hidup. jadi bersyukurlah wahai manusia. rezeki jangan sesekali dihina dan dimaki. tak sedap, tutup mulut. sedap teruskan makan. 


teehee


Friday, February 28, 2014

Salam Jumaat





salam jumaat kepada semua orang islam. hari jumaat iaah hari dimana ada solat jumaat. hari dimana perempuan suka tengok lelaki bersongkok dan berbaju melayu nak ke masjid walaupun kata-katanya semuanya dusta


perempuan: selamat hari jumaat, awak yg berbaju melayu dan bersongkok tu nampak kaca sangat


sebagai lelaki yg gemuk dan tak berapa hensem, aku sangat kecil hati dgn ayat ayat mcm tu orang selalu kata, lelaki sejati bawak kereta yg ada tiga pedal. tapi sebenarnya lelaki sejati ialah lelaki yg solat jumaat. wajib woi lelaki gi masjid. tak pegi dosa. takda dalam al-Quran kata lelalki bawak kereta auto masuk neraka.


teehee



Wednesday, February 26, 2014

Bodoh

 



assalamualaikum guys. and girls kalau ada. zaman skrg ni ramai orang pandai bijak bestari. macam kat malaysia ni, takda pun orang orang yg bodoh. semuanya pandai. nak tau betul ke tak, kau orang boleh tengok sekeliling.


orang zaman sekarang ni semua pandai. dan sangat bertoleransi antara satu sama lain. tapi difacebook selalu famous dgn perang politik. biasanya antara para penyokonglah. the fanatic one. kalau keyboard ni dibuat dari paku tekan, korang tengok la mesti ramai orang tangan berbalut. ini orang sembang lebat tapi depan orang nyorok bawah ketiak mak


orang sekarang ni haram bagi pendapat sikit. haram haram. bila kita bagi pendapat sikit pasal sesuatu parti politik, tentang keburukan dia, kebaikan dia, golongan golongan penyokong fanatik akan datang dan menjatuhkan hukum MACAI ke atas orang yg hanya nak bagi pendapat.


Hujah: "parti A ni ok aje walaupun lemah sikit"
Respon: " macai detected"

Hujah: "Parti  B ni keje bagus, tapi mcm tak produktif sikit"
Respon: "macai detected"


kalau orang parti politik A gelarkan perti politik B macai, dan parti politik B menggelarkan parti politik A macai, tak ke same aje dua duanya? diorang bukan tuduh diorang gelaran yg diorang dapat semasa diorang menuduh orang yg mendapat gelaran yg sama dari golongan yg dituduh oleh ha...ha...ha...peningkan?
hehe

aku parti politik mana? aku suka Vladimir Putin.

Teehee




Saturday, February 22, 2014

Hoi Gapu Diu??





kawan kawan, dah lama aku tak apdet kan. mmg dasar pemalas. dekat setahun jugak lah. ada lagi ke peminat blog ni. maksud aku, wujud lagi ke blogger-blogger otai yg sezaman blog aku. kebanyakan blog yg gempak gempak yg naik masa zaman aku semua dah tak apdet. mcm aku.


tapi aku pun bukanlah topdog blogger ye dok. ngisi masa lapang ngan cerita yg tak berfaedaha je. famous lagi ke blog-blog sekarang ni. hmm. semua dah bizi. aku pun. teringat dulu aku lukis lukis pakai paint aje. ramai orang dtg blog aku.


tapi ada lagi ke orang orang tu. hmm. dua tiga kucing berlari, anak jimbit tersepak batu, Pak Sukarjoe jatuh atas tahi lembu, selamat tengah malam kawan-kawanku. ada masa aku apdet lagi yewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

adieu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...