Kawan-Kawan Lain

Thursday, July 18, 2013

manifesto kembali



apebenda tajuk manifesto kembali. tajuk takda kene mengena pun. saje guna sebab nampak macam gempak. manifesto. bunyi gempak doh.

lama tak apdet blog ni. aku sebenarnya dah lupa password. tapi gugel save lagi pasword aku. kalau aku clear history mmg alamatnya terkubur la blog ni.

aku saje je on kejap blog ni nak bagitau yg aku post entri ni. saje nak batak. selamat puasa semua. jangaan kentut dalam air. hidup sultan ketum


download tuanku beribu ribu download. sembah patik harap diupload


Wednesday, February 27, 2013

Missing Girl






"Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua"







Friday, February 15, 2013

Berita





1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885 

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.



ni aku dapat dari fesbuk. orang -orang kaya yg baca ni, tolong la sikit. duit banyak nak syok sendiri pun tak guna jugak


Saturday, February 9, 2013

Orang Lemah

































Sibuk Sangat



ni aku jumpa kat fesbuk. heh. kalau tak nampak try tekan gambar tu bagi jelas



macam lama tak apdet. dekat seminggu. aku sibuk kot kat sini. satu minggu tu full dengan belajar. maklumlah nak berjaya. kelas malam satu minggu straight. presentation bersepah tapi takde pulak nak present. test jangan cakap la. bunyi macam banyak kan? padahal dua je.


satu minggu tu boleh la aku sibuk macam menteri kewangan Rusia. tapi main game jangan dilupakan. mujurlah aku ni pemalas dan tak terlibat dgn aktiviti kolej. kalau tak mahunye aku jadi lagi bizi dari biasa. leceh la. 


rasa macam hidup ni pergerakan terbatas pulak. umpama rimau dalam kandang, monyet dalam kandang yg bukan kandang rimau tadi, burung dalam sangkar, ikan dalam akuarium, makcik dalam kaunter pertanyaan dan bangla dalam koc wanita.


hari tu aku ada dengar budak perempuan hodoh ejek perempuan yg agak berisi. kecoh sial si hodoh tu. gemuk tu boleh kurus. kau yang hodoh tu? nak buat pembedahan plastik? mesin yg nak bedah kau tu pun meletop bila nak sentuh muka kau.




Saturday, February 2, 2013

Kasih Ibu








awek takdak wat camni. korang mati depa komfem carik lain.

boi





Thursday, January 31, 2013

Diganggu






Salim baru balik dari ngaji. die ngaji kat surau je sebab boleh solat sekali kat sana. mak Salim tau kalau dihantonye budak toye tu ke rumah tok guru nak ngaji memang lari pegi cyber cafe.  memang lumrah budak budak zaman sekarang penuhkan cyber cafe dari pagi sampai ke malam. sibuknya mengalahkan presiden Rusia pulak.


nak ke surau tu Salim nampaknya kawan-kawannya ondewey ke cyber cafe. budak-budak tu tersenyum macam tok imam menang loteri kat Salim. "woi Salim! nak ke mane tu? kitorang nak gi cc. jom lerrr!!" setan-setan cilik tu ajak. "aku nak gi ngaji la setan" reply Salim. "alah. anak mak betei la kau ni." diorang cakap. "memang la. aku tau la korang dilahirkan oleh lembu. kahkah" balas Salim sambil lari macam mak nyah.


Salim ngaji dari sebelum maghrib jadi alang-alang die kene la stay surau tu sampai isyak. lepas isyak tu Salim pun nak balek la. carik punya carik selipar tak jumpa. Salim pun redha la. lepas tu tok imam yang ada kat sebelah tu cakap kat dia. "sabarlah cu. sesungguhnya barang yg dicurik memang akan hilang" lepas tu tok imam tu nyanyi lagu dangdut.


itu la karma. kita curik nanti kita kene curik balek. terpaksa la Salim balik kaki ayam. masa nak balek tu Salim saje saje lalu tepi kubur. berani katanya. tapi kubur kampung Salim tak seram sebab banyak orang ngangkung situ. tiba-tiba ada maknyah sergah Salim dari belakang. terkencing-kencing Salim takut.


itu lah kisah Salim diganggu.


Tuesday, January 29, 2013

Sehlahmaht Pahgih




malam tadi Halim mimpi pocong. die mimpi yg pocong tu senyum kat dia. Halim tak terpikat sebab pocong tu lelaki. Halim sangat takut lalu terbangun dari tido. dia tengok henset dia. takda message. sian beliau forever alone. jam kat henset tu pukul 6 pagi.


Hali terduduk sambil terfikir sesuatu. aku taktau dia fikir ape sebab aku bukan Halim. pastu Halim ambek rokok indon dan nyalakan. asap berkepul kepul bukan main macam lori kayu balak lalu depan stesen bas. dua minit pastu Halim terfikir


"bila pulak aku merokok ni?"


dia campak rokok tu bawah katil, tarik selimut kawan dia dan sambung tido. keesokannya sebuah rumah sewa pelajar universiti terbakar. Halim mati tanpa siapkan esaimen yang lecturernya bagi. Lecturer dia sumpah sakit hati. rasa nak bar je Halim tu. tapi semua dah terlambat sebab Halim dah takda lagi


selamat pagi kawan-kawan.



Monday, January 28, 2013

Haiwan Hilang











Inbox dari seorang fans DK, Shafiza Zain

Kucing saya hilang sejak 4 hari yang lepas. Terakhir dilihat 4 hari lepas 24 Jan 2013 jam 3ptg di sekitar kawasan Taman Medan PJS 4/27 Petaling Jaya. Telah puas mencari semlm dan hari ini & bertanyakan orang namun tiada juga kelibatnya. Dikhuatiri telah diambil orang atau telah dilanggar. Kebiasaan dia akan balik ke rumah bila saya blk untuk makan & kemudian akan lepak je dalam rumah bersama saya atau kalau saya keluar dia akan menunggu saya balik di luar rumah. 


Saya telah berikhtiar berdoa & buat solat hajat, tapi masih tidak dapat menahan kesedihan yg dia telah hilang. Tolong bantu if ada rakan2 lain terlihat kelibatnya di kawasan ini sila maklumkan kpd saya secepat mungkin. Saya terlalu sayangkan dia, masih terbayang2 kelincahannya. Saya boleh dihubungi bila2 masa 0132066887/ 0172295201 Sha.


sumber: Dunia Kucing




Sunday, January 27, 2013

Hari Ini Dalam Malaysia




hari ni aku bangun awal. apesal ntah awal aku pun taktau. tapi yang pasti aku bangga la. maknanya hari ni aku boleh buat benda benda yg produktif. mula mula sekali aku tutup kipas biar roomate aku panas. lepas tu aku pegi studi.


alhamdulillah semua yang aku studi masuk. walaupun chapter yg belum aku belajar lagi. aku baca tajuk utama je dah pandai dah. tu belum lagi aku baca biodata penulis buku. aku buat latihan semua menjadi. semua betul. bukan nak belagak la kan.


lepas tu aku pegi sapu sampah depan rumah. ntah kenapa aku rajin semacam hari ni. pastu makcik jiran sebelah rumah offer makan kuih yang dia buat. free woi. sape taknak. tapi aku saje la buat buat muka segan. jaga maruah la katakan.


aku korek hidung pastu calit kat meja makan. makcik tu tak marah. lepas tu aku makan banyak banyak. murah rezeki bangun awal ni. lepas tu aku dah kenyang aku nak balek la sebab perut aku sakit. takkan aku nak tumpang berak rumah makcik tu kan?


tengah tengah picit jerawat dlm bilik air tu, air mesin basuh masuk. terkejut aku. nak ngelak punya pasal kaki aku terjatuh masuk dalam lubang jamban.


pastu sedar sedar aku atas katil. tengok jam pukul 2 petang. jimbit. mimpi rupanya. sekarang aku rasa baru logik. jadi aku ambik keputusan nak studi macam dalam mimpi tadi. tapi bukan sekarang sebab sekarang aku nak main game.






Saturday, January 26, 2013

Lagi Budak Hilang








‎Deejay Nesh Exclusive: They are poor people, no capacity sky coverage newspapers or printed posters to find their son. They need only your share.

When the rich kid got taken away the whole world knows, when a poor mom lost her kid no ones cares.please share it won't harm.

Please help find the missing 5-year-old boy T. Sathiskumar!
Please help find missing five-year-old boy T. Sathiskumar.

Anyone with information on Sathiskumar's whereabouts please contact investigating officer Insp Mohamad Ehsan Abu Bakar at 012 249 4002 or the Bukit Mertajam police operations room ( 04-538 2222).

PLEASE SHARE THIS PICTURE TO UR WALL AND GROUP AND HELP THEM PLEASE......



ni aku dapat dari fesbuk. aku dah lama tak tengok tv sebab tv rosak jadi taktau ni bila punya. tapi kawan aku baru post kat fesbuk jadi aku assume ni berita baru. kalau tak betul kan aku.










Lantak Kau Lah



minggu ni aku tinggal ngan roomate aku. patutnya die pun balek macam yang lain. tapi dia tak balek pulak. ok la takde la aku sorang sorang kat rumah sewa ni. ada gak member main game.


tadi aku turun pekan gi pasaraya nak beli barang. kat kedai tu aku nampak budak perempuan main henset samsung ape ntah tapi yang pasti 10x lagi maju lah dari alat telekomunikasi aku yg sama macam orang asli pakai dulu.


budak tu tengok aku pastu senyum kat aku. aku senyum la balek. takkan nak baling ngan tin milo pulak kan? pastu die bisik kat mak dia. tapi aku dengar. die kate "mak nape seluar abang tu peha die koyak" pastu mak die senyum sambil tengok aku pastu cakap "abang tu lupa nak jahit kot"


budak. aku ni miskin. takda duit. yang ada duit tu mak ayah aku. yang aku ada cuma si tenuk aku tu je yg hari-hari aku bawak gi kuliah. pastu pasaraya tu radionya tuka lagu jimmy palikat. ah menyampah aku. tempat ni pun nak ejek aku ke?


aku amek roti pastu campak kat cashier sambil buat muka mintak penampar. cashier tu pun buat muka mintak penampar ngan aku. mana boleh. takda sapa boleh buat muka mintak penampar ngan aku kalau aku dah buat muka mintak penampar dulu. pening tak? hehe


pastu aku saje keluar duit pelan pelan biar die sakit hati. orang belakang pun macam naik angin dah. pastu aku masuk duit balek dan keluar kan duit besar biar die dapat banyak keje sikit. padahal aku beli roti je. kehkeh.


masa nak naik tenuk aku tu, ada budak dalam kete tuding tuding jari kat kaki aku. rupa-rupanya aku pakai selipar sebelah lain sebelah lain. mampos kau la. kaki aku. bukan kaki bapak kau. aku renyuk resit, campak kat budak tu pastu belah cepat sebelum bapak die nampak.


aku naik tenuk aku pastu nyanyi lagu Ice Cube yang today was a good day tu. yelah moto mana ada radio. nyanyi sendiri la jon






Burung Banyak




banyak kan burung? ntah bapa juta dah. kagum gila aku rasa. sampai la aku terbaca komen kat bawah ni




sekarang aku kagum dan aku risau. kalau kene berak ngan semua ni ntah ape la jadi






Thursday, January 24, 2013

Cerita dari Fesbuk




Gadis Ini Terharu Hanya Kerana Sebiji Burger

Kisah ini bermula apabila seorang gadis bertindak melarikan diri dari rumah gara-gara bertengkar dengan ibunya.

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?





sumber: informasi.my


Wednesday, January 23, 2013

Mat Badigol





hari ni rabu. ntah apa yang aku buat semalam, aku tido pukul 12 pastu bangun pukul 11. secara tak langsung aku terponteng dua kelas yang subjeknya payah nak mampos. satu subjek kira-kira. benda yang paling aku lembu sejak sebelum upsr lagi.


satu lagi subjek law. member aku yang tak hisap gam kata kalau aku hafal satu buku manual law tu aku boleh automatik jadi lawyer. satu malam tu bila aku hafal satu buku aku ngantuk pastu tertido. esoknya aku bangun takde pun jadi lawyer. lepas ni aku caye cakap budak yg hisap gam je lah


ok berbalek kat topik utama. aku bangun lambat, terskip dua kelas. aku langsung tak marah. aku berfikiran terbuka dan fikir semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. kelas seterusnya petang nanti pukul 5. dan aku cadang nak ponteng terus untuk hari ni. bak kata pepatah lama. alang alang menyeluk pekasam, seluk sekali dompet orang.


aku terasa macam badigol minggu ni. heartbreak mungkin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...