Kawan-Kawan Lain

Wednesday, April 30, 2014

Hormat Hormat




ini bobo. idola ramai. bobo ni sangat femes. tapi aku taknak cerita pasal bobo pun. saja je taruk gambar dia. pernah tak korang tengok mana mana drama tv yang mana si suami bermati matian carik duit utk isterinya yg mengandung. dan dalam pada masa yg sama isteri tu pulak sakit buah pinggang. si suami tu pulun habis macam cilake lah nak cari duit sambil si isteri terbongkang atas katil kat hospital sbb tengah sakit.


lepas tu si isteri pertikaikan kehidupan suaminya yg tak mengutamakan dia sbb suami tu lagi mengutamakan duit. sikit sikit duit, sikit sikit duit. aku tengok pun kesian kat suami dia. rasa nak cucuk je jarum kat tv tu kat bahagian perut mengandung tu.


si suami tu penatlah carik duit utk operation isterinya sbb nak selamatkan isterinya. aku tak nampak kat mana selfishnya kat situ. tapi si isteri tulah. dok habis habis mengselfishkan suaminya yang tak tido siang malam kumpul duit.


kadang kadang aku terbaca kat twitter, "jangan lah lelaki sakitkan hati perempuan sebab perempuan cuma ada satu hati" 


macam la lelaki ada 4592850214951148596 hati dalam badan dia. tapi betul la. lelaki sepatutnya kene melindungi perempuan. tu baru lelaki sejati. kalau lelaki yg pandai madu diambil sepah dibuang ni bukan la jenis lelaki sejati. elok dibakar je bulu kaki dia satu persatu. tapi perempuan zaman skrg suka lelaki yg macam itu. bergaya katanya. suka hati lah


aku takda nak menangkan lelaki atau perempuan. cuma belajar hormat sesama sendiri dah la. kalau korang gaduh dan kata orang tu selfish, baik korang tengok diri korang tu dulu. takut diri sendiri tu takde toleransi tapi duk sibuk nak tentukan hidup orang


teehee


2 comments:

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

lagi tak boleh terima perempuan yg cuba amik harta suami padahal boleh je enjoy harta yg banyak membukit sama-sama

M' said...

betul betul.bagus la kau ni haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...