Kawan-Kawan Lain

Sunday, February 5, 2012

Diari Gebangku 3#



esok isnin. kelas dah stat. jadi malam ni aku kene tido awal. pukul 9 lepas buletin utama aku nak tido. itu cita-cita aku utk malam ni. lepas je buletin utama, curik bantal roommate dan landing nak tido. bile nak masuk je dunia mimpi, henset aku bunyik. 


"weh, kuar jom. maen mahjong" member aku bilang


ni yang leceh ni. time-time nak buat perkara yg betul, ade aje halangan seronok yang kacau. esok aku ade kelas. tapi aku takkan nak tolak keseronokan ni.


"esok aku ade kelas la mangkok"
"alah. aku pun. aku yakin esok lekcerer kau tak masuk"
"ok. amek aku."


aku bangun dan terus pakai kain pelikat. baju pagoda aku sangkut, pastu pakai baju melayu. amek songkok terus gi depan. member yg tengok tv tu perasan aku. beliau pun pelik je.


"kau nak gi mane ni?"die tanye
"aku nak gi surau jap. ade ceramah agama. majlis ilmu ni kalau kite pegi banyak pahalanya..nak ikut?" tanye aku.
"err..takpe la. aku nak studi ni."


aku dah agak dah. kalau aku cakap pasal benda-benda bermanfaat, memang takde sape nak ikut aku. kalau aku bagitau yg aku nak gi maen mahjong, komfem die nak ikut. aku pakai kasut sepatu surau yg member aku curik tu pastu berlari gi kat kete member aku. dalam tu aku pakai helmet dan terus gerak.


malam tu ramai jugak yg maen. sume muka-muka penagih je. aku je la yg muka baik dan murni. member aku ni straight menang. ntah jampi hape die bantai. dalam kelas math bukan maen bangang lagi. tolol bin bahalol orang kate. kemenangan dalam mahjong ni dah macam darah yg mengalir dalam badan die pulak


sedar-sedar dah pukul 6 pagi. jambet. punah harapan aku nak tido awal. kalah memanjang pulak tu. balek tu aku pasang niat puasa sunat hari isnin. nak taubat. sampai je rumah, aku terus tido.


bukak-bukak je mata tengok dah pukul 4 petang. banyak jugak kelas aku ponteng. jadi aku pun sambung tido balek. ponteng terus utk satu hari tu. sedar-sedar dah maghrib. nak berbuka dah ni. tapi sebab tido punya lama, kaki kejang. takleh nak bangun. dengan linangan air mata aku baca doa makan dan telan air liur sebagai juadah buka puasa.


lepas tu aku terus sambung tido untuk bangun awal dan menghadapi hari selasa.



2 comments:

mira salleh said...

menghadapi hr selase t masukkan watak s/u ye. haha

M' said...

gahaha.boleh kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...