Kawan-Kawan Lain

Sunday, February 5, 2012

10 Minit Lepas Terjaga



mata aku terbukak dari tido. tengok luar tingkap matahari dah tegak atas kepala. sebab malas nak tengok jam, aku anggarkan sekarang pukul 8.30 pagi. penat rasenye. malam tadi budak-budak ajak maen mahjong sampai pukul 4 pagi. nasib baik seri.


tengok henset ade 2 sms masuk. satu daripada maxis. satu lagi daripada Maria. maxis bagi sms tawaran percuma ke disneyland kat segi tiga bermuda. jauh la pulak. malas aku nak pegi. tapi sape pulak si Maria ni? jenuh aku pikir. oh baru ingat. ni Maria Sharapova la ni.


"free tak petang ni? jom maen tenis kat stadium bukit jalil"


ah die ni. sejak turun ranking pemain no. 1 dunia ni, kerap pulak ajak aku berlatih sama-sama. dulu bukan maen kerek lagi ngan aku. 


"sori la. aku kaki botol. tak reti" aku reply


pastu aku tido balek. nak kumpul tenaga malam ni. malam ni ade ceramah kat surau belakang uma aku. majlis ilmu ni kene pegi. banyak pahalanya. belum sempat aku nak pejam mata, henset nokia 3310 aku bunyik. tengok-tengok si anak latip call. 


najwa liplap: helo, malam ni gi dangdut nak tak?
aku: assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
najwa liplap: er..waalaikumsalam. nak tak?
aku: malas ah. malam ni aku ade public speaking la kat pentagon.
najwa liplap: la..pasal ape pulak?
aku: bahayanya bawak motor pelan-pelan atas jalanraya.
najwa liplap: alaa..oke,oke..laen kali ea.bai
aku: yelah. boi.


aku taktau la nape anak latip tu kerap call aku. padahal aku menyampah dengan die. suara dah la macam katak tercekik dakwat pensel pilot 0.7cm. ngantuk rasanya. aku tengok kipas tu berpusing-pusing. sian die. tak bosan ke berpusing je. jadi aku pegi kat suis kipas tu tukarkan dari no 2 kepada no 5. pastu aku baca doa tido dan tido balek.


4 comments:

Anonymous said...

adoi kat pentagon~ aigo pergi jer gi trilaton tu.. haha

M' said...

agogo?

Nurul Amira Mohamad Salleh said...

ouh suare katak tecekik.. skali lalu tebace suare cengkerik. haha kne tmbh power spect nih . hha

M' said...

haha.makin rabun kau ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...