Kawan-Kawan Lain

Sunday, February 5, 2012

Diari GebangKu 2#



aku tak berkenan hari isnin sebab aku kene masuk keje. leceh tau tak. nak kene bangun awal, siapkan sarapan untuk diri sendiri, seterika baju sendiri, pakai tie sendiri, tengok tv Malaysia Hari Ini sorang-sorang. maklum la, masih bujang dan takdek kekasih. yang ade si Cepong tu je la. si kucing kaler pink.kejenye makan ,tido,berak,bace surat khabar..makan,tido,berak,bace surat khabar


dah siap nak ke opis, aku panaskan enjin motor Kawasaki Maimunah aku tu. kete Toyota Sharifah aku masuk bengkel semalam. ade ke si Cepong tu bawak kete dengan mate tertutup. memang komfem-komfem la eksiden. syukur la kitorang pakai helmet Shoei. kalau tak pecah kepala


sampai je kat opis, aku parking motor aku kat tempat letak kete OKU. kah3. puas hati aku. belum sempat aku nak tanggal helmet, Mira  si S/U aku melompat dari tingkat 4 landing atas motor aku. haish die ni. patah 4 motor aku. terpaksa la aku naik kete kebal esok. "apehal kau ni? sembelit ke?" bebel aku. "bos, kau ade meeting sekarang ni. kau dah lambat 2 jam" katenye. ah peduli ape aku. syarikat aku. suka kaki aku la.


bile nak naik je lift nak gi bilik meeting, nokia 3310 aku berbunyi lagu cinta mukabuku. ah kantoi pulak dengan S/U aku yg aku minat tudung najwa latip. takpe la.yang penting aku tak gay. rupe-rupenya si Cepong yg call. die katenya aku lupa tutup plak seterika. oh shit! membazir amalan setan. tak boleh jadi ni.


"weh kau cakap ngan pakcik-pakcik dalam bilik tu, aku ade hal ejemensi!!!" dengan berbekalkan ilmu di dada, aku melompat atas kerusi roda pakcik OKU sebelah aku dan memecut macam kuda belang. dengan tak berhelmet aku bawak 180km/sejam.


tengah laju tu, aku ternampak tenuk nak melintas jalan. takleh jadi ni. aku pencinta haiwan dan bencikan gay. dengan cermatnya aku pusing stereng kerusi roda tu dan masuk arah berlawanan. tetibe je ade lori minyak betul-betul kat depan. masa tu nak menyesal pun dah terlambat...


Cepong, maafkan aku.sebenarnya kau menjadi pink sebab aku cat kau masa kau lahir dulu. tak sangka kekal sampai sekarang.kah3. ni la pengakhirannya. lori tu betul-betul depan mata.ade la dalam 8cm dari aku. nasib baek aku bawak pembaris. boleh ukur.


PENGGGG!!!!!!


eh, tetibe je aku ade dalam bilik. rupe-rupenye mimpi.tengok jam pukul 11.45 pagi. alamak dah terlambat nak pegi exam. dengan kecewa aku pegi depan cermin dan mencarut-carut. lepas tu aku gi sambung tido untuk ponteng exam seterusnya.


4 comments:

mira salleh said...

naseb bek cat pink , kalaula cat hijau... aish !x ley bayangkan same ngn rumput.. penyamaran^^

M' said...

haha.hijau nampak pelik pulak nanti

mira salleh said...

haha alien2

Asyiqin Haulisah said...

hahaha. mimpi kau best. kucing tu sangat tak menahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...