Kawan-Kawan Lain

Tuesday, March 6, 2012

Antologi Jamal Dan Ludin


Jamal dan Ludin berkawan baik sejak lahir lagi. keluar-keluar je dari perut ibu masing-masing, mereka terus tengok catdog sama-sama. dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan ke universiti mereka tetap bersama. mula-mula Jamal nak masuk matrik tapi si Ludin meyakinkan Jamal bahawa kebodohan si Jamal yang tak bertempat ni terlalu kronik. jadi Jamal tak masuk


Pada suatu pagi, Jamal bangun lambat. pukul 8.30 pagi. kelas die start pukul 8 pagi. menggelabah macam beruk dapat dslr jadinya. tapi die tengok si Ludin tido bukan maen sedap je. bantal die dah bertakung ngan air liur basi tu. dari jauh, Jamal boleh nampak yang bantal tu dah mula terhakis macam disimbah asid


"bongok kera ni. boleh tido lagi. die taktau ke dah lambat nak pegi kelas..tak habis-habis nak bazirkan duit kerajaan" bisik Jamal. lepas tu dia pegi dapur, jerang air. sementara tunggu air tu masak, die pegi bersiap. die tak mandi sebab mandi pada saat-saat camtu mmg bukan idea yang baik. lepas dah siap die curah air yang dah dijerang tu kat Ludin


menggelejat si Ludin macam beruk dapat dslr kat Pavilion. aku ulangi, beruk batak dapat dslr mundar-mandir kat Pavilion. Ludin nampak macam tercirit sikit sebab panas dan terkejut. "woi bahlol, kau ni apehal? dah buang tebiat ke dah nak menemui ajal?" jerit Ludin


''buang tebiat abah kau! kita dah lambat ni. kelas dah start kot!" Jamal replied. pastu terus meninggalkan Ludin yang terpinga-pinga kepanasan. "kelas? hari ni kan public holiday. apenatangnya ada kelas? ah pegi menemui ajal la kau Jamal" bisik Ludin dalam hati sambil ambik baju Gucci Jamal untuk mengelap air yg dicurah tu. 


kita boleh lihat perhubungan akrab antara Jamal dan Ludin yg begitu mulia. persahabatan mereka sangat mulia dan murni. Jamal sanggup mengejutkan kawannya dari tido walaupun dah lambat. kalau aku, aku dah ponteng dah. lepas tu sifat pembersih Ludin yg mengelap lantai juga haru dipuji. banyak nilai-nilai murni yg ada dalam cerita ini.

2 comments:

Nami said...

haha..

M' said...

itu la persahabatan akrab.kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...