Kawan-Kawan Lain

Saturday, March 10, 2012

Antologi Jamal dan Ludin 3#


Jamal dan Ludin berkawan baik sejak lahir lagi. keluar-keluar je dari perut ibu masing-masing, mereka terus tengok catdog sama-sama. dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan ke universiti mereka tetap bersama. mula-mula Jamal nak masuk matrik tapi si Ludin meyakinkan Jamal bahawa kebodohan si Jamal yang tak bertempat ni terlalu kronik. jadi Jamal tak masuk


"isk isk, sob sob" Jamal menangis seperti beruk hilang dslr. "kau ni pehal? bapak kau kawen baru lagi ke?" Ludin bertanya. "kepala bapak kau" Jamal replied. "apa jadah bapak aku pulak. bapak kau yg kawen, kepala bapak aku pulak yg kena. ini boleh menimbulkan perasaan dendam dan kemarahan ni"


"boleh tak kau buang bodoh kau tu jauh-jauh? setiap hari bertambah je bodoh kau tu. buku mane yg kau bace?" Jamal bertanya. "Antologi Jamal dan Ludin" Ludin jawab dengan muka seposen. 


"aku sebenarnya tak boleh tido malam tadi. jadi aku masak la megi kau yg tinggal sebungkus tu. sementara tunggu die kembang, aku buat-buat la tido sebab aku taktau nak buat apa. sedar-sedar ja dah pagi. megi tu dah macam cacing kene rasuah. gemuk-gemuk belaka. sejuk pulak tu. jadi aku buang la. sekarang ni aku lapar. isk isk, sob sob.pig pig"


5 minit kemudian, Jamal dikejarkan ke hospital kerana kecederaan serius di bahagian kepala, paru-paru dan celah ketiak. doktor mengesyaki, Jamal dicurah dengan cuka getah. manakala Ludin ditangkap polis. sewaktu Ludin diberkas polis, dia tak habis-habis melalak-lalak menyebut "MEGI AKU!!! MEGI AKU!!! PULANGKAN MEGI AKU!!!"


2 comments:

Cat Is Na! said...

GRRR..Magggggiiiiiii!!!! pulangkan.. ngahahaha

M' said...

aum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...