Kawan-Kawan Lain

Sunday, May 20, 2012

Mak dan Bapak



tulisan kecik. tak boleh baca padan muka



ha'ah, mak dan bapak. dua orang yg paling byk pengaruhi hidup korang dan aku serta kita. 15 tahun dulu, budak budak ramai yg sayang mak ayah diorang. walaupun ada kekasih, diorang tetap dan lebihkan sayang mak bapak diorang. 25 tahun dulu pulak, lagi dahsyat. patuh arahan mak bapak. sayang dan hormat sampai tak berani nak cakap 'tapi' langsung.


tapi bila malaysia makin maju, makin berteknologi dan peningkatan tamadun kononnya, budak-budak mula makin bedul dan tongong. semedang je ayamkan mak bapak diorang. bapak ah kurang ajar. aku tak kata bapak diorang kurang ajar, aku cuma nak tekankan yg budak-budak sekarang ni makin kurang ajar.


nak dirotan tak sampai hati, tapi tak dirotan makin jiblekon pulak budak-budak ni. makan-minum cukup, baju sorang seploh helai, tapi nak jugak lari rumah ikut kekasih balik lombok. aku taktau la bodoh pangkat apa nak bagi kat orang-orang macam ni.


sayang la mak bapak kita. apa la salahnya dengar cakap diorang. tak rugi pun. pahala pun dapat. tanpa diorang korang takkan tengok dunia ni. korang takkan dapat rasa makan mekdi, kepsi, tuti feruti dan jambu 99. tapi kalau tanpa korang, mak bapak korang mungkin jutawan dah sekarang ni. 


"mak nak seploh ringgit, nak beli buku" pastu dapat belanja awek. "bapak, nak duit beli pensel" korang beli rokok. tu baju, seluar, makan minum korang, mak bapak korang yg sapot. kalau korang takda, diorang boleh simpan duit tu pastu jadi kaya.


sayang la mak bapak korang. jadi anak yg baik depan dan belakang diorang. jangan jadi mesin perabih duit yg tak pandai. aku saje kate tak pandai kang aku kata bodoh marah. jom la ikut aku sayang mak bapak. 





2 comments:

CikMai said...

seb bek baca entry nie den kat rumah ngan mak bapak,...

kalau baca time kat n9 ni, mau meraung homesick balik..hehehe

M' said...

kahkah.itu la.balek lombok lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...