Kawan-Kawan Lain

Saturday, January 26, 2013

Lantak Kau Lah



minggu ni aku tinggal ngan roomate aku. patutnya die pun balek macam yang lain. tapi dia tak balek pulak. ok la takde la aku sorang sorang kat rumah sewa ni. ada gak member main game.


tadi aku turun pekan gi pasaraya nak beli barang. kat kedai tu aku nampak budak perempuan main henset samsung ape ntah tapi yang pasti 10x lagi maju lah dari alat telekomunikasi aku yg sama macam orang asli pakai dulu.


budak tu tengok aku pastu senyum kat aku. aku senyum la balek. takkan nak baling ngan tin milo pulak kan? pastu die bisik kat mak dia. tapi aku dengar. die kate "mak nape seluar abang tu peha die koyak" pastu mak die senyum sambil tengok aku pastu cakap "abang tu lupa nak jahit kot"


budak. aku ni miskin. takda duit. yang ada duit tu mak ayah aku. yang aku ada cuma si tenuk aku tu je yg hari-hari aku bawak gi kuliah. pastu pasaraya tu radionya tuka lagu jimmy palikat. ah menyampah aku. tempat ni pun nak ejek aku ke?


aku amek roti pastu campak kat cashier sambil buat muka mintak penampar. cashier tu pun buat muka mintak penampar ngan aku. mana boleh. takda sapa boleh buat muka mintak penampar ngan aku kalau aku dah buat muka mintak penampar dulu. pening tak? hehe


pastu aku saje keluar duit pelan pelan biar die sakit hati. orang belakang pun macam naik angin dah. pastu aku masuk duit balek dan keluar kan duit besar biar die dapat banyak keje sikit. padahal aku beli roti je. kehkeh.


masa nak naik tenuk aku tu, ada budak dalam kete tuding tuding jari kat kaki aku. rupa-rupanya aku pakai selipar sebelah lain sebelah lain. mampos kau la. kaki aku. bukan kaki bapak kau. aku renyuk resit, campak kat budak tu pastu belah cepat sebelum bapak die nampak.


aku naik tenuk aku pastu nyanyi lagu Ice Cube yang today was a good day tu. yelah moto mana ada radio. nyanyi sendiri la jon






7 comments:

Ekyn Yaacob said...

done following.. *sambil buat mke mintak penampar* haha

M' said...

heheh

Li Destiny said...

life :3 adventure tiap hari. :))

M' said...

adventure..yeah rite.

M' said...
This comment has been removed by the author.
Mahert Stark said...

ok. aku gelak sorg2. update lg update lg

M' said...

takde hal bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...