Kawan-Kawan Lain

Monday, April 16, 2012

Kisah Sharipuden dan Anak-Anaknya




Sharipuden kerja sebagai tauke gerai laksa sebelah Tesco. pendapatannya tak lumayan sangat la. beliau ada 2 anak. iaitu Sudin dan Budin. Sudin belajar kat IPT. kalau dah namanya IPT, mesti la nak kene pakai banyaaaaaak duit. terpaksa la dia pinjam PTPTN.


kalau taknak PTPTN kutip hutang, kene dapat 3.5 pointer ke atas. Sharipuden tau yang si Sudin ni lembu sikit.quiz pun barai. jadi agak susah la. masa kecik-kecik dulu Sudin suka ponteng sekolah. pegi audition akademi fantasia. tapi fail. jadi Sharipuden tau mesti anaknya kene bayar gak satu hari nanti.


tetiba sekarang kecoh nak mintak mansuhkan PTPTN tu. ah sudah. kat mana lagi nak cekau duit. masa jual laksa pagi tadi, dia nampak bebudak buat demo mintak mansuh. pundah. nampaknya pengajian peringkat tinggi akan dipelopori oleh orang yg kemampuan la. orang-orang macam Sharipuden cuma akan kemampusan.


Sharipuden bingung dan stress. laksanya yang sepatutnya laksa menjadi megi asam laksa sebab tak mampu nak buat angkara memikirkan masalah kewangannya. dah la miskin, tak berduit, tak berharta, tak hensem, hitam, busuk dan tak vogue. memang orang yg berduit akan pandang hina la. tipikal malaysia.


bila malam dia tengok anak bongsunya yang mengaji tadika sedang tido, sejuk hatinya. dah tiba masanya dia menjual anaknya utk mendapat duit..ehh dia ingat nak ajar anaknya menoreh getah di ladang dan bukannya farmville. tengah khusyuk berfikir, anakny terjaga pastu cakap:


Budin: bapak, Budin tak boleh tido. bacakan Budin buku cerita

Sharipuden: Ramu RM3.50, Latipah RM7.00, Pan Cing Bek RM3.50 dan Jahil RM...

Budin: wow wow bapak..buku apa ni bapak?

Sharipuden: ni buku hutang kedai laksa kita nak. bapak tak mampu nak beli buku cerita si Capik kegemaran kamu tu. maafkan bapak

Budin: takpe la bapak. apa kata bapak bagitau saya apa maksud paradoks

Sharipuden: hmm. baik la. ya atau tidak yang lepas angaka 2 ialah angka 3..

Budin: ha? oh senang. ya, lepas 2 ialah tiga..eh..tidak, lepas 2 ialah 3..eh lembu..eh anwar..AHHHH!!!!!


otometik Budin terus tetido selepas  terkena soalan paradoks bapaknya. tengok je anaknya tido, dia pegi rumah sebelah utk pinjam kamera. dia ambik gambar anaknya pastu upload kat fesbuk dan buat caption, "Budak Ini Down Syndrom, Tekan La Like Utk Derma RM1 Utk 1 Like". mungkin cara ni dapat membatu kewangan mereka.

paradoks: kalau tak faham pasal tu, padan muka


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...