Kawan-Kawan Lain

Monday, May 5, 2014

Baucar Buku dan Education Block




kenal gambar kat atas tu? tu namanya baucar buku. baucar yg dibagi oleh kerajaan kepada student student utk mengurangkan beban buku mahal student. sebab tak berbaloi utk bagi free education pada manusia kat malaysia ni. dari bagi baucar buku, baik bagi baucar makanan. makanan sekarang mahal. sekurang kurangnya dapat la ringankan sikit beban pelajar nak beli bahan utk hidup. 


buku memang penting nak studi. sebab tu la harganya mahal. kerajaan kita aware benda ni, education free tak boleh dilaksanakan. GST takpe sebab orang kaya nak kekal kaya dan pastikan simiskin kekal miskin. tak nampak lagi kan apa aku cuba sampai kan?


baucar buku disyaratkan utk beli bahan bacaan berilmiah sahaja supaya student jadi pandai dan berilmu. boleh membantu peningkatan kemajuan negara. taj boleh beli benda lain sebab nama pun baucar buku. tapi, TAPI, bila student semua dah berilmu, dah pandai, dan mereka mahu mengubah nasib negara, mahu menjadikan negara maju, kerajaan menghalang mereka. sebab sebarang perubahan akan beri kesan kepada si pemakan rasuah, si penipu, si pelopor politik kotor, si pembawa orang orang asing dan lain lain.


gunakan saluran yg betul katanya. tapi saluran yg mana yg orang orang diatas nampak? saluran saluran yg mana yg orang bawahan yg berilmu nak celah masuk kalau orang di atas tutup segala jalan. maka terhasil la demonstrasi aman. demo GST tu contohnya. tapi orang diatas tak nampak. pada mereka ini bahaya ni. boleh huru hara. tapi saluran mana lagi yg available?


dah ramai yg bijak pandai, dah ramai yg nampak lubang lubang negara yg penuh dengan korupsi, sebab ramai yg kepala otak dia penuh ilmu. diorang mahu ubah. keadilan utk semua manusia di Malaysia. ini lah kan tujuan baucar buku? kan? betul tak? nak kasi student menjadi pandai dan berilmu dan boleh mengubah dan meningkatkan pendapatan negara. jadi kenapa dihalang kalau dah lahir ramai orang berilmu yg nak membantu negara?


camtu baik kasi baucar makanan je.


teehee



1 comment:

Anonymous said...

setuju seribu satu percent!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...