Kawan-Kawan Lain

Saturday, March 10, 2012

Antologi Jamal dan Ludin 3#


Jamal dan Ludin berkawan baik sejak lahir lagi. keluar-keluar je dari perut ibu masing-masing, mereka terus tengok catdog sama-sama. dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan ke universiti mereka tetap bersama. mula-mula Jamal nak masuk matrik tapi si Ludin meyakinkan Jamal bahawa kebodohan si Jamal yang tak bertempat ni terlalu kronik. jadi Jamal tak masuk


"isk isk, sob sob" Jamal menangis seperti beruk hilang dslr. "kau ni pehal? bapak kau kawen baru lagi ke?" Ludin bertanya. "kepala bapak kau" Jamal replied. "apa jadah bapak aku pulak. bapak kau yg kawen, kepala bapak aku pulak yg kena. ini boleh menimbulkan perasaan dendam dan kemarahan ni"


"boleh tak kau buang bodoh kau tu jauh-jauh? setiap hari bertambah je bodoh kau tu. buku mane yg kau bace?" Jamal bertanya. "Antologi Jamal dan Ludin" Ludin jawab dengan muka seposen. 


"aku sebenarnya tak boleh tido malam tadi. jadi aku masak la megi kau yg tinggal sebungkus tu. sementara tunggu die kembang, aku buat-buat la tido sebab aku taktau nak buat apa. sedar-sedar ja dah pagi. megi tu dah macam cacing kene rasuah. gemuk-gemuk belaka. sejuk pulak tu. jadi aku buang la. sekarang ni aku lapar. isk isk, sob sob.pig pig"


5 minit kemudian, Jamal dikejarkan ke hospital kerana kecederaan serius di bahagian kepala, paru-paru dan celah ketiak. doktor mengesyaki, Jamal dicurah dengan cuka getah. manakala Ludin ditangkap polis. sewaktu Ludin diberkas polis, dia tak habis-habis melalak-lalak menyebut "MEGI AKU!!! MEGI AKU!!! PULANGKAN MEGI AKU!!!"


Thursday, March 8, 2012

Tak Masuk Akal 4#




aku pelik. sapa punya tangan ni? kenapa berdarah? macam mana boleh berdarah? kenapa berdarah nama hisam? sapa hisham? kenapa tangan dia buruk? kenapa kain belakang tu kaler biru? kenapa kawan-kawan? kenapa? sungguh tak masuk akal.


 tapi yang pasti, ini pasti tangan perempuan atau gay. lelaki takkan toreh nama sendiri atas tangan sendiri. 1 lagi, yang pasti, beliau yang menoreh ni bodoh. skil menoreh yang sempurna ini patut diadaptasikan pada pokok-pokok getah supaya dapat meringankan bebanan untuk keluarga. bukan menyusahkan makbapak. sungguh terencat. dah la sudah sedia cacat mental, kini beliau mencacatkan pula fizikal.


sooo....setupid




Wednesday, March 7, 2012

Antologi Jamal dan Ludin 2#


Jamal dan Ludin berkawan baik sejak lahir lagi. keluar-keluar je dari perut ibu masing-masing, mereka terus tengok catdog sama-sama. dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan ke universiti mereka tetap bersama. mula-mula Jamal nak masuk matrik tapi si Ludin meyakinkan Jamal bahawa kebodohan si Jamal yang tak bertempat ni terlalu kronik. jadi Jamal tak masuk


"ahh..stress la aku camni. banyak gile esaimen. lecturer tak fedap ke bagi esaimen banyak-banyak kat kaum lemah macam aku ni?" tetiba si Ludin mencaci maki esaimennya yg berlambak. lepas tu die terus ambik rokok murah dan sedut dengan kemarahan.


"ah kau Ludin, stress sikit hisap rokok. stress sikit hisap rokok. kau tau tak rokok tu membahayakan kesihatan? kau nak mampus awal ke? perempuan-perempuan kat luar sana pun tak suka orang merokok" replied Jamal


"Kau diam Mal. mana kau tau rokok tu membahayakan kesihatan?  rokok ni sama je macam gula. cuba kau makan gula banyak-banyak, tak ke kene kencing manis? mati jugak kan? same je" kata Ludin. "ha'ah ye betul jugak tu" "lagipun Mal, kau cakap pasal perempuan, kau tak merokok tapi takde gelfpren pun aku tengok. kahkahkah" provok Ludin si Mat Ludah


mata Jamal mula berair "tengok-tengok, aku cakap sikit menangis. aku cakap sikit menangis. aku dah kate, udah-udah la dengar lagu korea tu. kan dah jadi pondan" marah Ludin "kau diam Din. aku tak menangis la lahanat. lelaki tak menangis. ni peluh. PELUH. lelaki berpeluh ikut mata. bak sini sebatang. aku nak gak. baidewei, aku tak dengar lagu korea. aku dengar hindustan je. kabikushikabigem!" Jamal replied


"kabikushikabigem kabikushi abah kau. nah. camni baru la friend poreva" lepas habis merokok, mereka buang puntung tu kat rumah lecturer mereka lalu terbakar. malam yang sunyi itu ditemani rumah yang hangus dan tangisan lecturer mereka. nampaknya esok adalah hari cuti untuk mereka berdua. kerjasama membawa berkat


Tuesday, March 6, 2012

Antologi Jamal Dan Ludin


Jamal dan Ludin berkawan baik sejak lahir lagi. keluar-keluar je dari perut ibu masing-masing, mereka terus tengok catdog sama-sama. dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan ke universiti mereka tetap bersama. mula-mula Jamal nak masuk matrik tapi si Ludin meyakinkan Jamal bahawa kebodohan si Jamal yang tak bertempat ni terlalu kronik. jadi Jamal tak masuk


Pada suatu pagi, Jamal bangun lambat. pukul 8.30 pagi. kelas die start pukul 8 pagi. menggelabah macam beruk dapat dslr jadinya. tapi die tengok si Ludin tido bukan maen sedap je. bantal die dah bertakung ngan air liur basi tu. dari jauh, Jamal boleh nampak yang bantal tu dah mula terhakis macam disimbah asid


"bongok kera ni. boleh tido lagi. die taktau ke dah lambat nak pegi kelas..tak habis-habis nak bazirkan duit kerajaan" bisik Jamal. lepas tu dia pegi dapur, jerang air. sementara tunggu air tu masak, die pegi bersiap. die tak mandi sebab mandi pada saat-saat camtu mmg bukan idea yang baik. lepas dah siap die curah air yang dah dijerang tu kat Ludin


menggelejat si Ludin macam beruk dapat dslr kat Pavilion. aku ulangi, beruk batak dapat dslr mundar-mandir kat Pavilion. Ludin nampak macam tercirit sikit sebab panas dan terkejut. "woi bahlol, kau ni apehal? dah buang tebiat ke dah nak menemui ajal?" jerit Ludin


''buang tebiat abah kau! kita dah lambat ni. kelas dah start kot!" Jamal replied. pastu terus meninggalkan Ludin yang terpinga-pinga kepanasan. "kelas? hari ni kan public holiday. apenatangnya ada kelas? ah pegi menemui ajal la kau Jamal" bisik Ludin dalam hati sambil ambik baju Gucci Jamal untuk mengelap air yg dicurah tu. 


kita boleh lihat perhubungan akrab antara Jamal dan Ludin yg begitu mulia. persahabatan mereka sangat mulia dan murni. Jamal sanggup mengejutkan kawannya dari tido walaupun dah lambat. kalau aku, aku dah ponteng dah. lepas tu sifat pembersih Ludin yg mengelap lantai juga haru dipuji. banyak nilai-nilai murni yg ada dalam cerita ini.

Monday, March 5, 2012

Kisah Pak Jimbet


Pak Jimbet ni seorang manusia kebanyakan yang biasa. tua, kerepot, tak sedar diri dan nyanyuk. bininya dah 10 tahun meninggal. sekarang ni die tinggal ngan anak bujangnya Salim Aripuden. Salim Aripuden ni pulak remaja biasa seperti orang laen di kampung. kejenya maen nombor ekor, dan layang-layang. selalunya dia beli nombor ekor tu dua, satu utk dia dan satu untuk pak imam


Pak Jimbet suka tengok Kamen Rider. bagi dia, drama bertopeng ni penuh dengan pengajaran. dia dah muak tengok cerita-cerita cinta kat tv dan pawagam. Taufan Rindu la, Aku Ni Masih Singlet la, Sehijau Tahi Stelengto dan laen-laen. jemu Pak Jimbet ni katanya.


masa nak tengok cerita Kamen Rider, anaknya Salim Aripuden datang mengacau. nak tengok bola katanya. ada perlawanan penting antara PKR dan DAP. Salim Aripuden yakin yang Anwar boleh jaringkan gol dalam game tersebut.


jadi mereka pun tengok bersama-sama. maka tepatlah peribahasa melayu. air yang dicincang takkan putus. semasa tengok game tu bersama-sama, rumah mereka disambar petir lalu terbakar. mereka berdua mati


game malam tu seri. pengadil jaringkan gol dua-dua pasukan. mungkin nak buktikan yang dia tak terima rasuah dari mana-mana kelab


Kisah Mak Tema'ah


Mak Tema'ah ni jiran Mak Jemah. ala Mak Jemah yang anak-anaknya jadi maknyah tu. berbanding dengan Mak Jemah, Mak Tema'ah ni hidupnya bahagia sikit. Anaknya, Emma atau nama sebenarnya Emmanuel Adikkaubayar bekerja sebagai orang yg mekap-mekap artis tu. tapi dia lelaki. cuma lembut dan tak maknyah


laki Mak Tema'ah hidup lagi. beliau sekarang ada kat Hospital Tanjung Rambutan. die dimasukkan kat situ sebab die ingat yg die tu seekor tupai. tiap-tiap hari sibuk duk manjat pokok. pernah sekali beliau panjat pokok durian dan cuba nak bukak durian pakai gigi palsunya


pada suatu hari anak Mak Tema'ah, Emma nak balek kampung sebab nak melawat orang tua tu. ondewei nak balek, beliau dilanggar KTM. ini terjadi bila bedak beliau jatuh atas rel akibat nak mengelakkan dari terpijak semut api. bila nak amek, beliau dilanggar.


Mak Tema'ah kini hidup solo. takda sapa yg nak membantu dia berduet. satu-satunya anaknya dah mati dan dia dah takda saudara lain. jadi Mak Tema'ah pun ambil keputusan nak ganti tempat Andre Villa Boas dan mendapat sokongan Abramovich. tu yg AVB kene pecat tu


kini Chelsea semakin power. Alex Pegusen, Roberto Mancingdisini dan Arselenge Wenger juga akur dengan kehebatan Mak Tema'ah. ketiga-tiga pengurus pasukan EPL tu mengambil keputusan untuk menukar profesion dari seorang coach kepada tupai. beliau bertiga nak temankan suami Mak Tema'ah kat tanjung Rambutan.


oh lupa nak bagitau. suami Mak Tema'ah namanya Samad. die Kluangman.


Sunday, March 4, 2012

Mak Jemah Dan Anak-Anaknya



Mak Jemah dah tua. laki dia kawen lari dengan janda kampung seberang, tapi mati dilanggar beca sewaktu nak pegi nikah. Mak Jemah tak sedih sebab dia tau yg laki dia memang jantan keparat.


Mak Jemah ada 3 orang anak lelaki iaitu Kambil, Kembel dan Kimball. diorang bertiga ni merupakan buaya pemalas yg amat tak berguna. kejenya mencurik dan menghabiskan beras kat rumah je


satu hari Mak Jemah mati sebab terminum racun tikus. dia ingatkan itu air basuh ikan. tu yang dia minum tu. air basuh ikan sesuai diminum untuk awet muda. gadis-gadis yg nak cantik dan kekal muda amek tips yea.


bila Mak Jemah mati, anak-anaknya jadi hilang pedoman. hilang arah. hilang jatidiri dan hilang kelakiannya. untuk mendapat duit mudah, Kambil, Kembel dan Kimball jadi mak nyah. iaitu sejenis manusia yg hidupnya dilaknat


pada suatu hari mereka nak pegi keje, ondewei nak ke sana, beca yang sama yang melanggar arwah bapak mereka melanggar mereka. mereka semua mati.


sekian.

Saturday, March 3, 2012

Rumah


aku rindu rumah aku. aku rindu mak dan ayah aku. akurindu saudara-saudara aku. dan tak lupa pada kucing kesayangan aku. dan motor aku yang merupakan teman baik disaat aku nak keluar joli. kebelakangan ni aku asyik studi aje. tapi setakat ni takda quiz dan test yg aku lulus.


aku nak balek tanah tumpah darahku. tempat aku dibesarkan dengan sebaiknya. itu sebab aku baik sampai sekarang. balek ni aku nak buat benda yang bermanfaat seperti tido lewat dan bangun lewat, buli kucing dan habiskan lauk supaya adik-adik aku tak dapat makan


tambahan pulak kat sini ada orang pasang lagu korea tengah-tengah malam. die taktau ke aku suka pitbull dan kamen rider? apa ketahian ni? dah 2 minggu berturut aku mimpi ngeri dan sembelit di awal pagi gara-gara dengar lagu korea. aku nak kebebasan bersuara dan tandas yang bersih! rasa nak siku ja beliau!


p/s: alex, kalau kau baca entri aku ni, aku gurau je. aku tak mampu nak siku kau. aku kan lelaki lemah (tapi aku tak pondan). tapi sirius aku nak kau berenti pasang lagu korea tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...