Kawan-Kawan Lain

Wednesday, April 30, 2014

Hormat Hormat




ini bobo. idola ramai. bobo ni sangat femes. tapi aku taknak cerita pasal bobo pun. saja je taruk gambar dia. pernah tak korang tengok mana mana drama tv yang mana si suami bermati matian carik duit utk isterinya yg mengandung. dan dalam pada masa yg sama isteri tu pulak sakit buah pinggang. si suami tu pulun habis macam cilake lah nak cari duit sambil si isteri terbongkang atas katil kat hospital sbb tengah sakit.


lepas tu si isteri pertikaikan kehidupan suaminya yg tak mengutamakan dia sbb suami tu lagi mengutamakan duit. sikit sikit duit, sikit sikit duit. aku tengok pun kesian kat suami dia. rasa nak cucuk je jarum kat tv tu kat bahagian perut mengandung tu.


si suami tu penatlah carik duit utk operation isterinya sbb nak selamatkan isterinya. aku tak nampak kat mana selfishnya kat situ. tapi si isteri tulah. dok habis habis mengselfishkan suaminya yang tak tido siang malam kumpul duit.


kadang kadang aku terbaca kat twitter, "jangan lah lelaki sakitkan hati perempuan sebab perempuan cuma ada satu hati" 


macam la lelaki ada 4592850214951148596 hati dalam badan dia. tapi betul la. lelaki sepatutnya kene melindungi perempuan. tu baru lelaki sejati. kalau lelaki yg pandai madu diambil sepah dibuang ni bukan la jenis lelaki sejati. elok dibakar je bulu kaki dia satu persatu. tapi perempuan zaman skrg suka lelaki yg macam itu. bergaya katanya. suka hati lah


aku takda nak menangkan lelaki atau perempuan. cuma belajar hormat sesama sendiri dah la. kalau korang gaduh dan kata orang tu selfish, baik korang tengok diri korang tu dulu. takut diri sendiri tu takde toleransi tapi duk sibuk nak tentukan hidup orang


teehee


Monday, April 28, 2014

Minda 80 an




"bodoh la kau ni. up to date la sikit. jgn la minda 80 an sangat. kita dah 2014 kot"
minda 80 an ye. hmm. hehehehe. aku malas nak buat perbandingan zaman kita ngan zaman dulu ni mcm mana. boleh tengok sendirikan macam mana.


 

ni aku dapat dari blog serius. google lah sendiri blog serius tu apa. aku malas nak bagi link. tengok header blog la aku ni macam mana. dari segi pendidikan. ni beza zaman 80 an ngan sekarang. boleh tengok sendiri. kalau dulu pelajar kene ikut cakap cikgu. buat kene sekolah. tak siap kene denda. nak bagi DISIPLIN dan belajar HORMAT ORANG TUA. kita boleh tengok lah atuk nenek mak auah kita yg pernah lalu zaman ni macam mana sifat dan etika diorang mcm mana.


budak sekarang spoil. aku malas cakap lebih. aku ni pun cuma bagi pendapat dan tak bash sesiapa sebab aku bukan keyboard warrior. cuma penglipur lara yg sampaikan cerita berdasarkan sekeliling. korang google lah budak melayu ke india ke cina ke yg zaman sekarang kat google. bezakan ngan zaman 80 an dulu. tengok perbezaan sosialnya macam mana.


korang boleh tengok berapa banyak budak yg spoil sekarang ni? tak siap keje sekolah, kene denda sikit, lapor polis. rambut kene tobek sikit, gangguan emosi. jentik telinga sikit, agenda iluminati dalam sistem pendidikan. rotan sikit, pembangkitan yahudk di semenanjung Malaysia. ape sial? aku tak taip sia atau siak sebab ape sial sia ngan siak? sia ape? sia-sia? siak ape? siak masjid? ape siak masjid? apehal ngan siak masjid?


banyak perbezaan sosial antara zaman dulu ngan sekarang. tapi perbezaan sosial tu akan keluarkan produk yg tersendiri. fikir la sendiri. ni simple je. jgn lembu sgt nak kata pemikiran 80 an tu kolot sangat.


ni cuma pendapat berdasarkan pemerhatian. tak puas hati jom main congkak


 teehee


Sunday, April 27, 2014

Kebenaran





banyak cerita sains fiksyen tentang nak bunuh semua manusia. alien, beruk-beruk pandai, mother nature, rasaksa sini sana, orang rusia, kuman dan kulapuk, robot robot dan macam macam lain lagi lah yg kita semua pernah tengok. alasan diorang satu aje. manusia ni parasit dan perosak.


parasit akan melekat kat hos atau perumah dan rosakkan hos secara perlahan lahan. terasa sesuatu? manusia melekat kat bumi dan meletupkan sana sini, bina bangunan, buat pencemaran, nuklear, radiasi dan macam macam lagi. sebab tu la alien alien dan seangkatannya nak hapuskan manusia.


lepas tu muncul lah hero yg bagitau manusia boleh berubah dan sebagainya. skrg dah 2014 dan aku tengok tak berubah pun. aku pun buang sampah dalam longkang sampai tersumbat. tu belum lagi si Mail Tempang kampung seberang. malam malam bawak motor laju laju. pastu nak masuk simpang tak bagi signal. terkulat kulat la orang yg nak keluar simpang tu sbb nunggu si Mail tu


aku takda idea. jadi aku merepek aje,


teehee.


Friday, April 25, 2014

Typical Malay





Sabariah seorang perempuan melayu yg saaaaaaaaaaaangat cantik. pada suatu hari Sabariah nak gi Mydin kat Puduraya. Nak carik mekap katanya. nak tambahkan kecantikan katanya. solek dia dah macam katak Jiraiya dah. dia pegi hari jumaat. otw tu memang jumpa lah orang orang yg nak gi mejid. selain tu nampak jugak malaun malaun yg tak pegi mejid bawak kereta manual dia pusing pusing stesen LRT sambil gelakkan lelaki yg bawak kereta auto


"woi, bwk kereta auto ke?? lelaki sejati bawak kereta manual la kahkahkah"


kata lelaki lelaki tu sambil pecut laju. typical malay. bawak kereta manual tu lelaki sejati. tapi tak semayang jumaat. kalau bapok pegi semayang jumaat pun lagi sejati dari lelaki yg mengaku lelaki sejati tapi tak semayang jumaat. diorang ni sama la macam lembu. yelah lembu kan tak semayang jumaat. semayang jumaat tu sah sah la wajib utk lelaki.


eh ni aku nak cerita pasal Sabariah. bukan lembu. hehe. silap. disebabkan hari tu hari jumaat, nampak la bangla bangla nak gi mejid. Sabariah pun ape lagi, dengan rasisnya setatlah ngumpatnya.


"eee hitamnyaaaa"
"eee busuknyaaaaaa"
"eeee hodohnya.."
"eeee banglanyaaaa..."


pastu sampai la dia kat mydin. nampak banner gambar artis korea yg menari nari tu. ape lagi naik la miang dia. 38 selfie dia boleh ambik dengan 1 gambar artis pujaan hatinya.


bangla yg nak semayang jumaat dihina hina. tapi artis kpop yg ntah bersunat ke idak tu la yg dilutut sembahnya. biasa la. typical malay. "cinta sejati datang dari hati, bukan paras rupa"


tengok aje la macam mana orang sekarang ni


teehee





Wednesday, April 23, 2014

Stress Dan Orang




Orang ni kalau tengah stress, tengah bengang memang macam kuda jantan sembelit lah. keje asyik nak menendang orang aje. jadi kalau orang tengah stress ni eloknya jangan dikacau. jangan lah nak tunjuk baik konon nak meredakan keadaan. nanti free aje kau kene terajang.


orang stress ni byk sebab. sebab duit, perempuan, esaimen dan lain lain. kalau nampak orang tu muka macam gajah sembelit, ha jangan lah korang jadi bangang tunjuk perangai bangang korang. kalau kene terajang, sia sia aje korang bangun tido hari tu.


orang terer biasa dia tenangkan orang stress ni melalui nada percakapan. dia akan tanya:

"ada apa-apa yg aku boleh aku tolong?"
ni maknanya orang tu tau circumstances orang stress tu dan offer nak tolong. ni boleh kata paling efektif nak redakan stress


"kau rilek dulu la"
ni untuk comfortkan orang tu. takda niat nak tolong dan dalam masa yang sama nak redakan stress orang tu. ni kira boleh la kot.


"kau pehal muka macam beruk senggugut je"
ni aku tak berani komen. kalau aku, orang tanya camni, aku ok je. kelakar kot

kalau orang yang perangai dia macam haram, dia memang tak peduli pasal orang lain. orang tengah stress, dia naikkan nada. orang tengah stress ni sensitif tau. kalau orang cakap ngan dia ngan nada tinggi tinggi lagi la sakit kepala otak orang tu. silap silap dia sumbat kau balek masuk perut mak kau.


contoh soalan yg tak patut ditanya:

"kau ada masalah ke?"
muka macam taik lembu kene pijak khinzir, komfem komfem la ada masalah. jangan la kau pun lembu tanya soalan macam tu. fikir guna otak sikit ye


"kau ok ke tak ni?"
seriously? tanya ni kat orang yg muka macam najis mentadak dijilat lipas? ini ok kalau kau offer rokok sebatang sambil tanya soalan ni.


hehehehe. itu aje lah. tapi biasanya depends kat orang jugak. kalau orang tu jenis cool, kau tanya soalan mcm mana mcm mana pun dia akan ok. tapi kalau dia jenis muka palat minta disambar petir, elok jangan tanya soalan bodoh lah. faham sikit circumstances orang tu. banyak aku guna circumstances kat post ni. risau eja tak betul


teehee





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...