Kawan-Kawan Lain

Friday, February 28, 2014

Salam Jumaat





salam jumaat kepada semua orang islam. hari jumaat iaah hari dimana ada solat jumaat. hari dimana perempuan suka tengok lelaki bersongkok dan berbaju melayu nak ke masjid walaupun kata-katanya semuanya dusta


perempuan: selamat hari jumaat, awak yg berbaju melayu dan bersongkok tu nampak kaca sangat


sebagai lelaki yg gemuk dan tak berapa hensem, aku sangat kecil hati dgn ayat ayat mcm tu orang selalu kata, lelaki sejati bawak kereta yg ada tiga pedal. tapi sebenarnya lelaki sejati ialah lelaki yg solat jumaat. wajib woi lelaki gi masjid. tak pegi dosa. takda dalam al-Quran kata lelalki bawak kereta auto masuk neraka.


teehee



Wednesday, February 26, 2014

Bodoh

 



assalamualaikum guys. and girls kalau ada. zaman skrg ni ramai orang pandai bijak bestari. macam kat malaysia ni, takda pun orang orang yg bodoh. semuanya pandai. nak tau betul ke tak, kau orang boleh tengok sekeliling.


orang zaman sekarang ni semua pandai. dan sangat bertoleransi antara satu sama lain. tapi difacebook selalu famous dgn perang politik. biasanya antara para penyokonglah. the fanatic one. kalau keyboard ni dibuat dari paku tekan, korang tengok la mesti ramai orang tangan berbalut. ini orang sembang lebat tapi depan orang nyorok bawah ketiak mak


orang sekarang ni haram bagi pendapat sikit. haram haram. bila kita bagi pendapat sikit pasal sesuatu parti politik, tentang keburukan dia, kebaikan dia, golongan golongan penyokong fanatik akan datang dan menjatuhkan hukum MACAI ke atas orang yg hanya nak bagi pendapat.


Hujah: "parti A ni ok aje walaupun lemah sikit"
Respon: " macai detected"

Hujah: "Parti  B ni keje bagus, tapi mcm tak produktif sikit"
Respon: "macai detected"


kalau orang parti politik A gelarkan perti politik B macai, dan parti politik B menggelarkan parti politik A macai, tak ke same aje dua duanya? diorang bukan tuduh diorang gelaran yg diorang dapat semasa diorang menuduh orang yg mendapat gelaran yg sama dari golongan yg dituduh oleh ha...ha...ha...peningkan?
hehe

aku parti politik mana? aku suka Vladimir Putin.

Teehee




Saturday, February 22, 2014

Hoi Gapu Diu??





kawan kawan, dah lama aku tak apdet kan. mmg dasar pemalas. dekat setahun jugak lah. ada lagi ke peminat blog ni. maksud aku, wujud lagi ke blogger-blogger otai yg sezaman blog aku. kebanyakan blog yg gempak gempak yg naik masa zaman aku semua dah tak apdet. mcm aku.


tapi aku pun bukanlah topdog blogger ye dok. ngisi masa lapang ngan cerita yg tak berfaedaha je. famous lagi ke blog-blog sekarang ni. hmm. semua dah bizi. aku pun. teringat dulu aku lukis lukis pakai paint aje. ramai orang dtg blog aku.


tapi ada lagi ke orang orang tu. hmm. dua tiga kucing berlari, anak jimbit tersepak batu, Pak Sukarjoe jatuh atas tahi lembu, selamat tengah malam kawan-kawanku. ada masa aku apdet lagi yewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

adieu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...