Kawan-Kawan Lain

Monday, February 20, 2012

Kamereng



Pak Budin orang kaya. beliau keje sebagai orang goyang kaki kat pejabat besar kat keyel. jual gelang secara MLM katanya. tapi dah ramai hamba abdi atau orang bawah. beliau ada anak. Taib namanya. muka sememeh dan terer main poker. tapi bila matematik, tak pernah nampak sinar-sinar kelulusan.


satu hari Pak Budin belikan anaknya kamera. cap nikong. gembira bukan main anaknya yang tak berapa nak waras tu. kemudian secara rasminya, Taib ingat dia photographer yang berkaliber. padahal dia cuma sampah tak berguna yang pegang kamera dan bergerak ke hulu ke hilir macam monyet batak


don't be a shit with a camera





Tuesday, February 14, 2012

Mimpi Tak Masuk Akal




tadi malam aku mimpi, kawan aku dari sekolah menengah jadi seorang lelaki negro yang gila. aku taktau ape masalah dia, tapi die bunuh 2 orang cikgu depan mata aku sendiri. pakai teknik yang sama iaitu pegang kepala, pastu patahkan tengkok.


lepas tu die nak buat kat sorang cikgu ni, aku cuba halang tapi die lagi cepat. mati lagi sorang. pastu aku tanye la apekehal die bunuh cikgu-cikgu tu. pastu katanya die tak puas hati sebab cikgu-cikgu tu racist. bila aku nak halang die dari bunuh cikgu laen, die tendang  kepala aku sampai terpelanting


pastu aku dah terbangun dari tido. negro punya negro. bapak ah kuat. 1 tendangan terus halau aku keluar dari mimpi. bangun-bangun kepala aku sakit gile. negro memang hebat. mereka besar, pantas dan tinggi. harap-harap lepas ni aku tido pastu mimpi die lagi. aku nak ejek die puas-puas


Monday, February 13, 2012

Hidup Seorang Pelajar




masuk kelas kemudian member kate hari ni ade quiz. ah cantek. aku tak redi malahan taktau pape. memang indah. duduk tengok kertas soalan sambil kira dot-dot kat baju polka dot member depan.


lepas 10 minit, aku tersengih. lecturer pandang dengan harapan aku dapat kebijaksanaan nak jawab. tapi sebenarnya aku sengih sebab teringat tadi ada pakgad pijak tahi lembu dan kambing

tengok kertas jawapan lagi dan tetiba lecturer suruh hantar atau takda markah. dengan bangga aku hantar. keluar kelas menyesal sebab tak jawab dengan bijaksana. lepas tu aku berjanji akan belajar sungguh-sungguh. janji yang dah biasa aku buat kat depan cermin, tapi akhirnya diakhiri dengan kemalasan seorang maharaja


Tuesday, February 7, 2012

Cerita Bermanfaat





semalam pikachu aku mati. aku menangis. die hutang aku sembilan posen. tau tak dengan sembilan posen, aku boleh beli cekedis yg 3 posen sepeket tu. boleh beli 3 bhai. kenyang kalau makan sambil tengok cite vanila coklat stroberi mempelam dan amenda ntah kat tv3 tu. ala yg hari selasa kul 9-10 tu.


dan sekarang ni aku dalam perjalanan nak kumpulkan ketujuh-tujuh bijik dragonball. panggil naga kaler hijau tu dan mintak supaya pikachu aku dihidupkan. lepas tu boleh aku mintak 9 posen aku balek.


hish. best betul kalau pikachu yg hutang 9 posen ngan aku tu wujud. khayalan memang menyeronokkan.


Tak Masuk Akal 3#



Makeup Level : Asian
dari 9gag.com


aku tak minat korea. masa sekolah menengah dulu golongan seperti aku dipandang rendah sebab tak reti menari-nari terkinja-kinja, tak hafal lagu korea dan tak beli majalah korea.tak masuk akal betul. lepas aku tengok gambar ni, aku sedar yg pilihan aku buat selama ini sangat tepat. aku sangat bertuah.


situasi mesti jadi huru-hara kalau diorang buat show atas pentas tanpa solek.


Tak Masuk Akal 2#





aku menangis tengok gambar ni. sedih. sungguh tragis. dah la tak pakai baju, pakai seliper croc pulak tu. kemalangan yg menyayat hati. dan yang paling aku geram, kenapa kemalangan ni tak masuk buletin utama TV3? tak masuk akal betul. patutnya semua orang kene tahu pasal kemalangan ni. ni tak. tak habis-habis pasal politik. pakai baju semat-semat, masuk tv pastu maki hamun parti politik laen. semangat. tapi bile pegi ajak semayang subuh jemaah kat surau kate period. bile pegi ceramah agama tido.


Tak Masuk Akal





ini memang tak masuk akal. gile punya gambar. bodoh punya singa betina. mane boleh die kejar kuda belang tu bile die dah naek motor power tu. paling kurang bawak la motor yang same power. laen la kalau kuda belang tu bawak motor kapcai. bangang betul singa tu.


Idea Bijak





aku jumpa ni kat fesbuk. kemudian aku terfikir. orang ni memang hebat dan bijaksana. dengan cara ni komfem nyamuk taktau dalam uma tu ade orang atau tak. selain tu jimat sikit duit dari nak beli ubat nyamuk. aku suka orang ni. beliau berfikiran positif. laen kali kalau aku jumpa die, aku nak belanja roti canai.


ikhlas dan jujur. aku suka cara beliau berfikir. atau aku yang bangang tak bertempat. ah maen rasuah jom. hari politik sedunia dah dekat




Diari Gebangku 5#





pada 1 hari yang indah di saiber kefe dopelohpatjam sebelah seben eleben..




aku tengah studi di wikipedia untuk exam yg bakal tiba minggu depan..
tiba-tiba...




datang 1 perasaan yg berkecimpung dalam kesengsaraan yg abadi. satu perasaan yg boleh membunuh jiwa sama ada fizikal atau mental.




sebelum keadaan jadi teruk, aku terpaksa berhenti studi dan segera untuk menyelesaikan masalah ini. satu masalah yg setanding dengan politik kotor, kegagalan boleh mengakibatkan kesengsaraan mutlak seperti kalah judi atau menikah dengan mak nyah




tengah pecut macam pelari afrika, tetibe aku nampak sesuatu yg menarik perhatian




tawaran tu memang menarik. tapi aku tau berdasarkan pemerhatian kat kaki die yg berbulu tu, die mesti lelaki. komfem mak nyah. satu spisis yg komfius dengan dirinya sendiri. satu spisis yg kadang-kadang gediknya mintak dilempang bertubi-tubi tanpa belas kasihan


tapi aku ade wudhu time tu. jadi aku komfius. kalau aku lempang batal ke tak wudhu aku tu. jadi tanpa ragu-ragu dan usul periksa, aku kensel nak lempang dan menerajang dengan ikhlas ke mukanya.




lepas tu aku terus berlari dan nampak destinasi yg harus aku kecapi. destinasi yg membebaskan aku dari belenggu yg tak keruan. yang akan membawa aku kepada kebebasan




5 minit dalam tu baru aku sedar. air takda. aku cuba tahan air mata ni dari mengalir.
























Monday, February 6, 2012

Diari Gebangku 4#



pukul 8.15 pagi. aku berjoging kat stadium dengan memakai baju kemeja, bertali leher dan tuck-in macam orang nak gi pejabat. orang ramai pelik tengok aku berjoging dengan kostum sebegitu rupa. dalam keadaan malu yang amat aku mengalirkan air mata lelaki sejati.


ceritanya begini..




7.30 pagi. cantek. aku bangun awal dan boleh pegi kelas pukul 8. aku tengok roomate aku tido mengalahkan beruang. tak sedarkan diri. ni la die rakyat malaysia. tak berenti-berenti nak bazirkan duit kerajaan. sebelum aku mengupas topik politik, aku pun gi mandi dan bersiap


bile nak gerak, member aku tu tersedar dan cakap,"kau nak gi mane smart-smart ni? ade parti agogo ke hari sabtu yg indah dan permai,aman dan sentosa ni?" 


"sabtu? err..aku....aku nak pegi joging kat stadium"





Sunday, February 5, 2012

Diari Gebangku 3#



esok isnin. kelas dah stat. jadi malam ni aku kene tido awal. pukul 9 lepas buletin utama aku nak tido. itu cita-cita aku utk malam ni. lepas je buletin utama, curik bantal roommate dan landing nak tido. bile nak masuk je dunia mimpi, henset aku bunyik. 


"weh, kuar jom. maen mahjong" member aku bilang


ni yang leceh ni. time-time nak buat perkara yg betul, ade aje halangan seronok yang kacau. esok aku ade kelas. tapi aku takkan nak tolak keseronokan ni.


"esok aku ade kelas la mangkok"
"alah. aku pun. aku yakin esok lekcerer kau tak masuk"
"ok. amek aku."


aku bangun dan terus pakai kain pelikat. baju pagoda aku sangkut, pastu pakai baju melayu. amek songkok terus gi depan. member yg tengok tv tu perasan aku. beliau pun pelik je.


"kau nak gi mane ni?"die tanye
"aku nak gi surau jap. ade ceramah agama. majlis ilmu ni kalau kite pegi banyak pahalanya..nak ikut?" tanye aku.
"err..takpe la. aku nak studi ni."


aku dah agak dah. kalau aku cakap pasal benda-benda bermanfaat, memang takde sape nak ikut aku. kalau aku bagitau yg aku nak gi maen mahjong, komfem die nak ikut. aku pakai kasut sepatu surau yg member aku curik tu pastu berlari gi kat kete member aku. dalam tu aku pakai helmet dan terus gerak.


malam tu ramai jugak yg maen. sume muka-muka penagih je. aku je la yg muka baik dan murni. member aku ni straight menang. ntah jampi hape die bantai. dalam kelas math bukan maen bangang lagi. tolol bin bahalol orang kate. kemenangan dalam mahjong ni dah macam darah yg mengalir dalam badan die pulak


sedar-sedar dah pukul 6 pagi. jambet. punah harapan aku nak tido awal. kalah memanjang pulak tu. balek tu aku pasang niat puasa sunat hari isnin. nak taubat. sampai je rumah, aku terus tido.


bukak-bukak je mata tengok dah pukul 4 petang. banyak jugak kelas aku ponteng. jadi aku pun sambung tido balek. ponteng terus utk satu hari tu. sedar-sedar dah maghrib. nak berbuka dah ni. tapi sebab tido punya lama, kaki kejang. takleh nak bangun. dengan linangan air mata aku baca doa makan dan telan air liur sebagai juadah buka puasa.


lepas tu aku terus sambung tido untuk bangun awal dan menghadapi hari selasa.



10 Minit Lepas Terjaga



mata aku terbukak dari tido. tengok luar tingkap matahari dah tegak atas kepala. sebab malas nak tengok jam, aku anggarkan sekarang pukul 8.30 pagi. penat rasenye. malam tadi budak-budak ajak maen mahjong sampai pukul 4 pagi. nasib baik seri.


tengok henset ade 2 sms masuk. satu daripada maxis. satu lagi daripada Maria. maxis bagi sms tawaran percuma ke disneyland kat segi tiga bermuda. jauh la pulak. malas aku nak pegi. tapi sape pulak si Maria ni? jenuh aku pikir. oh baru ingat. ni Maria Sharapova la ni.


"free tak petang ni? jom maen tenis kat stadium bukit jalil"


ah die ni. sejak turun ranking pemain no. 1 dunia ni, kerap pulak ajak aku berlatih sama-sama. dulu bukan maen kerek lagi ngan aku. 


"sori la. aku kaki botol. tak reti" aku reply


pastu aku tido balek. nak kumpul tenaga malam ni. malam ni ade ceramah kat surau belakang uma aku. majlis ilmu ni kene pegi. banyak pahalanya. belum sempat aku nak pejam mata, henset nokia 3310 aku bunyik. tengok-tengok si anak latip call. 


najwa liplap: helo, malam ni gi dangdut nak tak?
aku: assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
najwa liplap: er..waalaikumsalam. nak tak?
aku: malas ah. malam ni aku ade public speaking la kat pentagon.
najwa liplap: la..pasal ape pulak?
aku: bahayanya bawak motor pelan-pelan atas jalanraya.
najwa liplap: alaa..oke,oke..laen kali ea.bai
aku: yelah. boi.


aku taktau la nape anak latip tu kerap call aku. padahal aku menyampah dengan die. suara dah la macam katak tercekik dakwat pensel pilot 0.7cm. ngantuk rasanya. aku tengok kipas tu berpusing-pusing. sian die. tak bosan ke berpusing je. jadi aku pegi kat suis kipas tu tukarkan dari no 2 kepada no 5. pastu aku baca doa tido dan tido balek.


Diari GebangKu 2#



aku tak berkenan hari isnin sebab aku kene masuk keje. leceh tau tak. nak kene bangun awal, siapkan sarapan untuk diri sendiri, seterika baju sendiri, pakai tie sendiri, tengok tv Malaysia Hari Ini sorang-sorang. maklum la, masih bujang dan takdek kekasih. yang ade si Cepong tu je la. si kucing kaler pink.kejenye makan ,tido,berak,bace surat khabar..makan,tido,berak,bace surat khabar


dah siap nak ke opis, aku panaskan enjin motor Kawasaki Maimunah aku tu. kete Toyota Sharifah aku masuk bengkel semalam. ade ke si Cepong tu bawak kete dengan mate tertutup. memang komfem-komfem la eksiden. syukur la kitorang pakai helmet Shoei. kalau tak pecah kepala


sampai je kat opis, aku parking motor aku kat tempat letak kete OKU. kah3. puas hati aku. belum sempat aku nak tanggal helmet, Mira  si S/U aku melompat dari tingkat 4 landing atas motor aku. haish die ni. patah 4 motor aku. terpaksa la aku naik kete kebal esok. "apehal kau ni? sembelit ke?" bebel aku. "bos, kau ade meeting sekarang ni. kau dah lambat 2 jam" katenye. ah peduli ape aku. syarikat aku. suka kaki aku la.


bile nak naik je lift nak gi bilik meeting, nokia 3310 aku berbunyi lagu cinta mukabuku. ah kantoi pulak dengan S/U aku yg aku minat tudung najwa latip. takpe la.yang penting aku tak gay. rupe-rupenya si Cepong yg call. die katenya aku lupa tutup plak seterika. oh shit! membazir amalan setan. tak boleh jadi ni.


"weh kau cakap ngan pakcik-pakcik dalam bilik tu, aku ade hal ejemensi!!!" dengan berbekalkan ilmu di dada, aku melompat atas kerusi roda pakcik OKU sebelah aku dan memecut macam kuda belang. dengan tak berhelmet aku bawak 180km/sejam.


tengah laju tu, aku ternampak tenuk nak melintas jalan. takleh jadi ni. aku pencinta haiwan dan bencikan gay. dengan cermatnya aku pusing stereng kerusi roda tu dan masuk arah berlawanan. tetibe je ade lori minyak betul-betul kat depan. masa tu nak menyesal pun dah terlambat...


Cepong, maafkan aku.sebenarnya kau menjadi pink sebab aku cat kau masa kau lahir dulu. tak sangka kekal sampai sekarang.kah3. ni la pengakhirannya. lori tu betul-betul depan mata.ade la dalam 8cm dari aku. nasib baek aku bawak pembaris. boleh ukur.


PENGGGG!!!!!!


eh, tetibe je aku ade dalam bilik. rupe-rupenye mimpi.tengok jam pukul 11.45 pagi. alamak dah terlambat nak pegi exam. dengan kecewa aku pegi depan cermin dan mencarut-carut. lepas tu aku gi sambung tido untuk ponteng exam seterusnya.


Diari GebangKu 1#




hari ni aku ade 2 exam. pukul 8 ade satu, pukul 1 ade lagi satu. mujur la pagi tu aku bangun awal. 5.00 pagi.cukup awal untuk revision. tapi aku dah pandai, so pagi tu aku pegi uma jiran, curik barang-barang noreh getah die pastu campak belakang kandang lembu haji latif. kalau korang kenal, die ada anak. pandai nyanyi.


lepas tu, aku pancitkan tayar beskal beliau. jam menunjukkan 5.15 pagi. ade 15 minit lagi sebelum orang gila tu bangun nak noreh. kalau nak buat jahat, masa adalah segalanya. dah puas buat kebaikan, aku masuk rumah balek.ade banyak masa lagi sebelum pukul 8.jadi aku pun tido la kejap.


bangun-bangun je jam pukul 11.45 pagi. exam dah terlepas. aku mencarut-carut depan cermin. sebagai tanda kecewa, aku sambung tido untuk memonteng exam yg seterusnya.


Kembali

aku dah malas nak apdet blog. ade la beberapa masalah. tapi lepas tu ade beberapa orang yang bagitau yg diorang rindukan blog murahan aku. blog aku ade 500++ folower je sebab aku malas nak blogwalking

semuanya bermula bila aku tengah online. lepas tu ade sorang kawan ni chat ngan aku


rase terharu sebab ade gak orang yg kisah pasal blog aku. masa tu aku dah delete dah blog ni.


kemudian ade gak orang laen yg cakap face to face. lepas tu ade pulak kawan yg call tanya pasal mane blog aku menghilang. tak sangka, tak sangka.

jadi aku amek keputusan untuk undelete blog ni. dulu aku kejar femes kat blog aje. tapi sekarang aku amek keputusan lagi untuk hiburkan pembaca setia blog ni je. tak kesah la walaupun cuma 5-6 orang dari 500++ folower ni. asalkan 5-6 orang tu baca blog ni, tu dah cukup utk aku.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...